Monday, September 1, 2008
REZEKI RAMADHAN
Akhirnya Erra Fazira hamil...
Oleh Akmal Abdullahakmel@bharian.com.my
TAHNIAH buat pelakon Erra Fazira yang kini sudah berbadan dua. Khabarnya, sudah lebih dua bulan Erra mengandung. Tentu bukan kepalang gembiranya Erra kerana bakal menimang anak tidak lama lagi apatah lagi dia pernah kecewa beberapa bulan lalu kerana mengalami keguguran ketika kandungannya berusia tiga minggu. Tahniah juga buat suami Erra, Engku Emran. Diharap Emran sentiasa dapat lebih kerap bersama Erra untuk memberi kekuatan dan semangat pada isterinya itu dalam menempuh dugaan dan cabaran mengandung atau kemungkinan mengalami alahan apabila kandungan memasuki bulan kelima dan keenam. Saya tahu Erra memang sudah lama berhajat untuk mengandung, malah ketika beliau bersama bekas suaminya dulu, Yusry KRU, Erra tidak putus-putus mendoakan supaya dikurniakan anak dan dia secara peribadi juga pernah memberitahu isteri saya, dirinya begitu inginkan anak tetapi mereka belum dikurniakan rezeki dan akhirnya Erra dan Yusry berpisah. Sepanjang hampir tiga tahun Erra dan Yusry menjadi suami isteri, Erra mengakui tidak pernah bertindak untuk mengambil apa-apa pil merancang keluarga.
Malah, Erra juga pernah beberapa kali bertanyakan wartawan hiburan perempuan mengenai pengalaman mereka mengandung dengan soalan seperti “Best tak mengandung? Susah tak? Sakit tak? Cara normal lebih baik atau caeserian lebih mudah?” Begitulah soalan yang pernah ditanya Erra dan diberitahu oleh rakan wartawan kepada saya.
Kini, Tuhan memakbulkan doa Erra dan suaminya selepas mereka berkahwin pada tahun lalu. Cerita Erra hamil memang menjadi berita yang agak besar dan menarik dalam industri hiburan di Malaysia dan sebab itu ia mendapat liputan meluas dalam media massa. Walaupun ia cuma berita Erra baru hamil dua bulan tetapi orang ingin tahu dan peminat Erra memang menantikan berita itu kerana ramai untuk melihat bagaimana Erra mengandung dan bagaimana bentuk fizikal dan gaya Erra semasa mengandung. Lagipun Erra adalah artis popular dan dikenali ramai, apatah lagi dia sudah mencipta nama meluas dalam dunia filem di Malaysia hingga pernah berlegar Ratu Filem Melayu era 1990-an dan popularitinya terus bertahan sehingga kini biarpun tidak serancak dan sepanas dulu. Memang ramai peminat Erra menantikan berita mengenai Erra mengandung. Dalam industri hiburan pada masa ini, ada dua saja artis yang sedang mendapat perhatian ramai dan pihak media dalam penantian bila mereka mereka akan mengandung. Selain Erra, seorang lagi ialah Datuk Siti Nurhaliza. Dua artis ini memang ditunggu-tunggu untuk menjadi bahan berita mengenai cerita kehamilan mereka dan nampaknya Erra mendahului Siti. Ini lumrah kehidupan selebriti popular yang cantik dan jelita seperti Erra dan Siti. Nama dua artis wanita ini menjadi perhatian selepas berita mereka berkahwin mendapat liputan besar. Saya tahu, Erra memang sukakan kanak-kanak dan amat teringin menimang anak sendiri. Malah, Erra ada ciri dan naluri keibuan yang baik berdasarkan keramahan dan mesraannya melayan anak-anak kecil. Malah, ia terbukti apabila dia dapat bersama dengan dua anak saya - Putri Ainin Sofea dan Putri Aesyah Solehah, Erra begitu bermesra dengan mereka, begitu jugalah ketika dia menziarahi seorang daripada anak saya yang dirawat di hospital baru-baru ini. Kini, selain ahli keluarganya, peminat dan media juga sebenarnya sedang teruja menantikan kelahiran anak sulung Erra. Insya-Allah, Erra akan bergelar ibu tahun depan.
Bintang Popular 31/8/08

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment