Tuesday, September 2, 2008
NIKMAT RAMADHAN DENGAN SAJIAN BERKHASIAT
Makanan kaya protein bantu kekal kecergasan
BILA tiba Ramadan, wanita terutama ibu pasti inginkan yang terbaik untuk keluarga mereka. Sebut saja mengenai penyediaan juadah berbuka puasa, mana ibu yang tidak runsing memikirkan masakan istimewa apa yang akan disajikan hari ini.Namun ini tidak akan mematahkan semangat wanita dan ibu, lebih-lebih lagi pada Ramadan yang mulia ini. Malah kekalutan merancang menu berbuka puasa dirasakan begitu menyeronokkan, kalau ianya dilakukan dengan hati yang terbuka dan penuh kreatif.Bukan mudah untuk menyediakan lauk-pauk atau kuih-muih yang dapat memuaskan selera setiap ahli keluarga kita. Masing-masing ada kerenahnya tersendiri. Anak-anak gemarkan mihun goreng, tetapi ayahnya pula sukakan mihun sup. Itu belum lagi cerewet si bongsu, si angah, si along dan ramai lagi. Memang pecah kepala kalau cuba ikutkan keinginan mereka.Anggap saja ianya sebagai satu ibadat, dapat juga tambah pahala pada Ramadan. Walaupun nampak sukar, kalau dilakukan dengan reda pasti akan menjadi mudah. Gunakan kebijaksanaan anda untuk merancang juadah berbuka puasa. Jika anda sememangnya pakar masakan, tentu tidak ada masalah, tetapi bagi yang kurang mahir dalam bidang masak-memasak, jangan pula mudah kecewa. Kerana setiap kekurangan itu, pasti ada kelebihannya. Mungkin anda arif mengenai khasiat pemakanan yang mana amat penting untuk kesihatan. Aturkan masa anda dengan sebaiknya. Pilih masa yang sesuai untuk ke pasar untuk membeli beraneka keperluan kering dan basah yang anda inginkan itu. Anda juga boleh pergi ke pasar raya terdekat untuk menjimatkan masa. Kebiasaannya waktu paling sesuai untuk ke pasar ialah antara jam 2.00 hingga 4 petang. Malah pada masa ini pasar sibuk menjual beraneka keperluan untuk berbuka puasa.Tetapi yang benar-benar menyerlahkan suasana Ramadan, apa lagi kalau bukan pasar Ramadan. Apa saja yang anda inginkan boleh didapati di sini, daripada beraneka kuih-muih hingga kepada bermacam jenis lauk-pauk. Inilah masanya untuk anda menikmati semula makanan tradisi nenek moyang kita dulu. Namun berbelanjalah dengan bijak, beli mana yang dapat memberi khasiat kebaikan untuk keluarga anda. Jaga kesihatan keluarga anda bila membeli juadah berbuka puasa yang mungkin terlebih masin atau manis. Yang penting makan sekadarnya. Malah anda boleh pergi ke pasar raya atau pasar borong yang menawarkan harga murah. Kita beli dalam jumlah yang banyak sedikit. Ikan, udang dan sotong boleh tahan seminggu dua jika disimpan di ruang dingin beku. Bagi memastikan sayur seperti sawi, kailan dan sebagainya boleh tahan lebih lama, bungkuskan dulu dengan kertas surat khabar sebelum disimpan di dalam peti sejuk. Gantikan ‘aluminium foil’ dengan daun pisang. Nak jimat, dapatkan daun pisang itu di kampung berdekatan daripada membelinya di pasar.Bila semua keperluan untuk berbuka puasa sudah dibeli, kini perlu pula menyediakannya agar menjadi masakan yang cukup menyelerakan. Biar ahli keluarga serta tetamu memuji-muji betapa hebat masakan anda. Tetapi pastikan juga aneka juadah yang disediakan itu lengkap berkhasiat dan seimbang. Jika masak lemak labu kegemaran suami, padankan dengan ayam tumis berlada atau sambal tumis udang atau sotong. Pasti menyelerakan. Malah masakan lain juga boleh digandingkan seperti gulai kari ikan dengan ikan goreng kembung dan sambal belacan atau sambal kelapa berulamkan timun, daun raja, kacang botol dan sebagainya. Masak ikan bawal kicap lada hitam boleh digandingkan dengan sambal tumis ikan bilis dan masak lemak pucuk paku. Cara ini akan pasti menambat selera.Walau apa jua masakan anda, yang penting makanan yang anda sediakan itu cukup protein, karbohidrat, lemak, serat dan zat galian yang diperlukan oleh tubuh badan. Hanya makanan yang seimbang dapat membekalkan tubuh dengan semua elemen penting ini.Malah, anda juga harus peka kepada setiap pemasalahan ahli keluarga anda. Jika suami anda seorang diabetik, anda harus kurangkan gula dalam masakan anda. Bagi yang mengidap darah tinggi, anda harus mengurangkan garam. Bagi si kecil harus kurang pedas. Meskipun menjalani ibadat berpuasa, anda tetap harus menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri. Keperluan suami dan anak perlu dijaga dan dipenuhi. Rumah harus rapi dan bersih dan bermacam-macam lagi. Walau sesibuk mana sekalipun, kesihatan anda harus dijaga, seperti anda mementingkan makanan yang berkhasiat untuk keluarga anda. Malah anda boleh tingkatkan kecergasan dan kesihatan anda dengan pemakanan tambahan.Sambil menguruskan tanggungjawab harian anda dan menjalani ibadat berpuasa, adalah penting untuk meningkatkan kesihatan dan kecergasan anda sekeluarga melalui makanan yang bukan sekadar lazat, malah berkhasiat.Dalam menjalani ibadat puasa, badan akan kehilangan tenaga, dan semestinya tubuh memerlukan makanan untuk mengembalikan tenaga itu. Jadi anda secara tidak langsung, juga merangkap pakar pemakanan keluarga anda. Tanpa anda, pasti keluarga tidak akan mendapat segala khasiat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh.Hidangkan juga buah-buahan segar, seeloknya buah tempatan kerana kandungan vitaminnya lebih daripada buah import. Contohnya, pisang rastali mempunyai kandungan vitamin C dua kali lebih tinggi daripada epal. Betik eksotika mempunyai kandungan vitamin A 10 kali ganda berbanding limau mandarin. Jangan lupa sayur-sayuran, ianya juga mengandungi vitamin dan mineral. Malah buah dan sayur juga menyumbangkan serat. Sediakan minuman untuk berbuka. Minuman seperti air batu bandung, air batu kacang dan cendul memang lazat, tetapi harus pastikan ianya tidak terlalu manis. Yang penting pelbagaikan minuman anda dengan minuman yang bukan sahaja lazat, tetapi juga berkhasiat. Ketika berpuasa, badan anda juga akan kehilangan banyak air, jadi pastikan anda mengambil air yang secukupnya pada sebelah malam.Selitkan juga susu kacang soya di dalam menu berbuka puasa anda itu. Diperbuat daripada kacang soya asli, ia mengandungi segala nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh. Sebagai sumber protein, ia mengandungi 50 peratus protein bagi setiap 100g kacang soya, 11 kali lebih tinggi daripada susu, tiga kali lebih daripada telur. Ia juga kaya dengan bahan mineral seperti kalsium, sodium, manganese, besi, potassium, dan phosphorous. Malah ia kaya dengan Vitamin A, B, C, D serta lesitin. (http://rochi.net/forum/YaBB.pl?num=1183003972)Jadi sewajarlah susu kacang soya menjadi pilihan utama, sebagai minuman yang berkhasiat untuk membantu mengekalkan kecergasan anda sekeluarga ketika berpuasa. Ia mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan serta membekalkan tenaga. Malah kandungan protein susu kacang soya dapat mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung.Selain itu ia mempunyai kadar lemak yang rendah, sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis. Ia juga tanpa kolesterol dan dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.Jika diamalkan meminumnya, susu kacang soya juga dapat membantu menguatkan memori wanita terutama bagi mereka yang melalui alam menopaus. Lebih dari itu, ia adalah bahan utama dalam proses penurunan berat badan baik untuk lelaki mahupun wanita.Kesimpulannya, susu kacang soya lazat, berkhasiat dan harganya juga berpatutan serta sesuai untuk semua lapisan umur. Ia sememangnya baik untuk anda sekeluarga nikmati ketika berbuka puasa.Sempena kehadiran Ramadan yang mulia ini, pastikan anda dan tersayang kekal sihat dengan khasiat semula jadi Susu Kacang Soya SEASONS. Jadi, dapatkan tawaran hebat F&N SEASONS Ramadan ini di pasar raya terdekat
anda. Ratu - 2/9/08 -Berita Harian

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment