Tuesday, September 2, 2008
SEMOGA ADA SINAR HARAPAN SHARLINIE KEMBALI
Keluarga Sharlinie Cari Kedamaian Di Kampung
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Bukan kerana putus asa, keluarga adik Sharlinie Mohd Nashar, 5, yang hilang sejak Januari lepas, kini berpindah ke kampung bapanya di Dungun, Terengganu.Kunjungan Bernama ke rumah keluarga kanak-kanak malang itu di Taman Medan, Petaling Jaya hari ini hampa apabila diberitahu jiran bahawa keluarga Sharlinie telah berpindah ke Terengganu Ahad lepas.Apabila dihubungi, bapa Sharlinie, Mohd Nashar Mat Hussain, 29, berkata keputusan untuk berpindah bukan kerana ingin melupakan kisah pahit yang berlaku, sebaliknya untuk mencari kedamaian bagi memulakan kehidupan baru bagi keluarganya."Ketibaan Ramadan tahun ini terasa begitu sunyi tanpa kehadiran Sharlinie. Justeru kami mengambil keputusan untuk berpindah dan menyambut Ramadan dalam suasana kampung yang aman dan tenteram," katanya.Tekanan hidup serta kos sara diri yang tinggi di ibu kota juga merupakan punca beliau sekeluarga berpindah, katanya yang sedang mencari pekerjaan untuk menyara keluarganya di sana.Beliau berkata gelagat Sharlinie ketika bersama ke bazar ramadan setiap petang untuk mencari juadah berbuka puasa masih terbayang dalam ingatan."Ibunya juga masih bersedih dan kedua orang kakaknya kerap bertanya 'bila Nini nak balik...boleh raya bersama', dan ini benar-benar menambahkan kepedihan di hati saya," katanya.Mohd Nashar berkata mereka sekeluarga kini menetap di rumah bapanya dan kedua-dua kakak Sharlinie, Nurul Amirah, 11 dan Sharliena, 8, akan mula bersekolah di sekolah baru di Dungun, esok."Perpindahan ini mungkin hanya sementara. Kami belum putuskan sama ada mahu menetap terus di sini atau kembali ke Kuala Lumpur," tambahnya.Ibu Sharlinie, Suraya Ahmad, 28, berkata sejak hari pertama anaknya hilang dan hingga ke saat ini, keyakinan beliau untuk menemui anak bongsunya itu tidak pernah luntur."Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, kami sekeluarga amat mengharapkan kepulangan Sharlinie. Saya amat berharap agar orang yang mengambil anak saya itu dapat memulangkannya kembali kerana kami benar-benar berharap untuk menyambut lebaran bersama Nini," katanya.Sharlinie dilaporkan hilang sekitar 11.30 pagi pada 9 Jan lalu ketika bermain bersama kakaknya Sharliena, 8, di taman permainan yang jaraknya hanya 200 meter dari rumah mereka di Taman Medan di sini.-- BERNAMA

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment