Thursday, September 25, 2008

REZEKI PELAKON WANITA TERNAMA



Apabila aktres jelita hamil

Oleh Nurulhisham Abdul Latiffnurul@bharian.com.my


Erra dan Engku Emran tak sabar menghitung hari bergelar ibu, bapa


BAGINYA dia akan menerima dengan penuh kesyukuran tanpa mengira jantina cahaya mata yang bakal dilahirkannya pada Mac tahun depan. Lelaki atau perempuan, semua itu anugerah yang cukup bererti daripada Yang Maha Kuasa.Namun, aktres cantik, Erra Fazira tetap teringin untuk melakukan imbasan apabila bayinya mencecah usia empat atau lima bulan bagi mengetahui jantinanya. Sementara si suami, Engku Emran, lebih suka sekiranya jantina bayi yang bakal lahir itu tidak diketahui mereka sehinggalah saat yang ditunggu-tunggu datang.Kata Erra, dia teringin untuk mengetahui jantina bayinya itu bagi membolehkan persiapan sepatutnya dapat dilakukan. Andainya bayi itu lelaki, maka persiapan cara menyambut bayi lelakilah yang akan disediakan. Begitu juga sebaliknya."Ramai juga rakan yang berkata, Erra akan melahirkan anak lelaki. Kononnya, sikap Erra bertukar menjadi lebih kasar sejak hamil. Erra sendiri tidak suka melaram sejak akhir-akhir ini. Kata mereka, itu semua tanda Erra hamil anak lelaki," cerita Erra tatkala ditemui pada majlis berbuka puasa bersama ibu tunggal anjuran Suria FM di Hotel Equatorial, Kuala lumpur.Kata suaminya pula, memang mood isterinya agak senang berubah sejak beberapa minggu lalu. Dia amat memahami perkara itu berlaku kepada ibu yang sedang hamil. Lalu, dia menambah kesabaran dalam diri sebagai memberikan sokongan kepada isteri.Apa saja jantina bayi yang kini berusia tiga bulan dalam kandungan, mereka menerima dengan penuh kesyukuran. Begitupun, kata kedua-duanya, masih terlalu awal untuk mereka melakukan persiapan. Paling penting ketika ini, Emran sentiasa memastikan Erra menjaga kesihatan dan tidak melakukan kerja yang membebankan."Acap kali, saya mengingatinya supaya turun tangga dengan perlahan-lahan. Jika tidak, dia lupa yang dia kini berbadan dua," kata Emran sambil memberitahu, doktor keluarga, Dr Hamid Arshad dari Hospital Pantai kini dikenal pasti insan yang bakal mengawasi perkembangan kandungan isterinya.Erra pula mengaku, selain aktif seperti biasa, dia perasan dirinya kini lebih kuat makan berbanding beberapa minggu sebelumnya. Beratnya juga sudah meningkat kepada 58 kilogram, daripada berat asal 53 kilogram."Nasib baik, Erra tidak mengalami sebarang alahan sehingga sekarang. Jadi, apa saja yang terlintas di fikiran, Erra makan. Pada masa yang sama, Erra dengar juga petua untuk ibu mengandung yang diberikan keluarga dan teman. Yang baik, tentunya Erra amalkan," ujar Erra yang bakal menyambung penggambaran siri Mertua Vs Menantu selepas Aidilfitri.Pelakon yang bakal muncul dengan filem Los Dan Faun ini juga berkata, sebagai persiapan menerima orang ketiga dalam keluarganya, dia banyak membaca buku mengenai kehamilan, melayari internet mencari maklumat berguna dan bertanya pengalaman mereka yang pernah bergelar ibu.Pengalaman pahit ketika mengalami keguguran Mac lalu juga tentu sekali membuatkan wanita berusia 34 tahun ini lebih berhati-hati. Ujarnya, waktu itu dia cukup aktif dengan pelbagai kegiatan."Ketika itu, kandungan Erra berusia enam minggu. Erra pula tidaklah sedih sangat, cuma mungkin rezeki belum menyebelahi kami. Sekarang, Erra kenalah lebih berhati-hati. Mengangkat benda-benda berat itu, tidaklah lagi Erra lakukan sendiri."Apa-apa pun, orang paling gembira dengan kehamilan saya kali ini tentunya Emran. Nampaknya dia bagai sudah lama bersedia untuk bergelar bapa. Keretanya pun sudah ditukar kepada kereta keluarga empat pintu, bukan lagi kereta dua pintu yang selalu digunakannya," kata Erra.Mungkin kerana cukup teruja juga, maka Emran terlebih dulu membuka mulut kepada wartawan ketika usia kehamilan Erra baru dua bulan. Kata wanita ini, pada asalnya dia berhasrat mengumumkan berita kehamilannya itu secara bersama-sama, apabila kandungan sudah berada dalam peringkat ‘selamat’.Katanya juga, Emran mendapat tahu mengenai kehamilannya menerusi alat uji kehamilan yang tertinggal di kediaman mereka, ketika pelakon itu berada di Tioman bersama-sama kakitangan Erra Fazira Entertainment, Julai lalu. Saat itu, Erra sendiri belum pasti mengenai kesahihan kandungannya sehinggalah dia melakukan ujian kedua.

Sumber : Hip Berita Harian 23/9/o8

Khasiat air terjun bantu Nicole hamil

SYDNEY - Bintang filem Nicole Kidman percaya khasiat air terjun di sebuah kawasan pedalaman Australia membantunya dan enam wanita lain hamil. Nicole, 41, memberitahu bahawa dia dan semua wanita itu mandi di kawasan air terjun tersebut ketika melakukan penggambaran sebuah filem di wilayah Australia Barat. Dia hamil anak perempuannya, Sunday Rose, ketika melakukan penggambaran itu. “Saya tidak sangka akan hamil dan melahirkan seorang anak tetapi ia berlaku ketika penggambaran itu," kata Nicole dalam wawancara dengan sebuah majalah di Australia. “Penggambaran itu bukan mudah kerana kami mengalami masalah cuaca panas, hujan dan selesema. Tetapi saya hamil ketika melakukan penggambaran itu," jelasnya. “Tujuh bayi dilahirkan dan seorang daripadanya lelaki. Ada sesuatu yang terdapat pada air terjun Kununurra itu dan kami kini memanggilnya air kesuburan," tambah Nicole. Dia dan bekas suaminya mempunyai dua anak angkat, Bella dan Connor. Sunday Rose ialah anak hasil perkahwinannya dengan pemuzik Keith Urban.

Sumber : Akhbar Sinar Harian Karangkraf

No comments: