Sunday, September 7, 2008

MANGSA PERTAMA

Warga emas mangsa korban pertama banjir di Kedah07-09-2008 04:05:31 PM

ALOR STAR: Seorang warga emas berumur 73 tahun menjadi mangsa korban pertama banjir di Kedah dalam kejadian banjir yang melanda beberapa daerah ekoran hujan lebat sejak malam tadi.
Aishah Salleh dari Kampung Dulang Tengah di Daerah Yan ditemui mati lemas di dalam Sungai Dulang Kechil, kirakira 11 pagi hari ini.
Mangsa dipercayai tergelincir ke dalam sungai sekitar 6 pagi.
"Mayatnya dijumpai terapung di dalam sungai tersebut," kata Ketua Polis Daerah Yan, DSP Ismail Abu ketika dihubungi.
Katanya cucu mangsa, Mohd Hafiz Ahmad, 21, yang tinggal bersama mangsa memberitahu neneknya keluar dari rumah pada waktu subuh dan tidak pulang selepas itu.
Daerah Yan, Pendang dan Kuala Muda sedang dilanda banjir ekoran hujan lebat malam tadi yang turut menyebabkan paras air sungai naik mendadak serta menyebabkan lima buah kampung di Yan dilanda banjir.
Sehingga 3 petang, seramai 932 mangsa telah dipindahkan di empat pusat pemindahan di Yan. BERNAMA

No comments: