Thursday, September 4, 2008

PENGORBANAN SEORANG IBU

Angelina Jolie murung lepas bersalin

LOS ANGELES - Aktres terkenal Hollywood, Angelina Jolie mengalami masalah kemurungan berikutan kebimbangan mengenai kesihatan bayi kembarnya, Vivienne dan Knox. Ibu kepada 6 anak itu mengambil sikap berdiam diri dan dipercayai bersembunyi di Chateau Miraval di Provence, Perancis sejak melahirkan bayi kembarnya itu. Beberapa sumber mengatakan Jolie tertekan dengan masalah kesihatan bayi kembar tersebut yang menyebabkan dia kurang tidur. Kembar Jolie dikatakan mengalami masalah kembung perut, sejenis penyakit yang biasa terjadi di kalangan bayi dan menyebabkan mereka menangis. Menurut majalah In Touch, Jolie kini mengalami masalah kemurungan dan tekanan perasaan yang biasa berlaku kepada wanita-wanita selepas bersalin. Selain itu, hubungan wanita itu dengan suaminya, aktor Brad Pitt turut dilaporkan tegang ketika ini biarpun mereka dilihat bergambar mesra pada bulan lalu. Di sebalik kemurungan yang dialami Jolie, Pitt sudah pun merancang untuk menambah bilangan ahli keluarga mereka. “Saya akan ada dua lagi anak pada tahun hadapan," katanya

Sumber : Sinar Harian -Jumaat 5-9-2008

No comments: