Monday, September 1, 2008

MUTIARA KATA

“Mungkin diam itu suatu jawapan yang baik atau mungkin pula teguran dan nasihat yang baik”

Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi, fikirkan kebencian, kita akan dibenci. Tetapi sekiranya kita fikirkan kasih maka kita akan dikasihi. Ini adalah undang-undang alam. Kita menjadi seperti apa yang kita fikirkan


" Ada empat macam yang berharga dalam diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat sebab. Adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu dan amal soleh. Maka, akal boleh hilang disebabkan marah. Agama boleh hilang disebabkan hasad dengki. Malu boleh hilang disebabkan tamak haloba dan amal soleh boleh terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain."

Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda: “Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.”

Firman Allah: Dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad saw), mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah: “Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya”, dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seagama); dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah Ia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (al-Baqarah: 220)


"Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu"

"Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu. Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar. Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak dibela" - Napoleon Bonaparte

"Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan"
Jalan menuju kebahagian itu tidak ditaburi bunga mawar yang harum, melainkan penuh duri dan pahit” William Shakespeare

“ JANGAN MEMBUANG MASA WALAUPUN SEMINIT TERHADAP SESUATU YANG TIDAK DISUKAI” - Ahli Falsafah Itali Cicero

No comments: