Thursday, September 4, 2008

ROKOK : KENAPA ORANG LAIN YANG JADI MANGSA?



Perokok Sama Seperti Haiwan Kerana Tidak Guna Fikiran: Nik Aziz

KOTA BAHARU, 20 Okt (Bernama) -- Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengibaratkan perokok yang enggan menggunakan akal untuk menjaga kesihatan mereka adalah seperti haiwan yang tidak mempunyai fikiran.Beliau berkata ini kerana orang masih merokok walaupun mereka tahu bahaya merokok kepada kesihatan."Tetapi kenapa perokok tidak mahu menggunakan akal untuk berfikir untuk berhenti merokok sedangkan mereka sedar tentang bahayanya. Makhluk yang tidak mahu berfikir adalah sama dengan haiwan, kerana haiwan tidak dianugerahkan pemikiran," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen kesedaran berhenti merokok di kalangan rakyat Kelantan di sini hari ini."Meminum arak dan berjudi merupakan perlakuan yang dilarang Islam kerana ianya memudaratkan dan ini sama juga dengan merokok kerana ianya memudaratkan diri sendiri," kata Nik Aziz.Beliau berkata tabiat merokok, berjudi dan minum arak tidak mendatangkan sebarang faedah kepada manusia malah lebih memudaratkan.-- BERNAMA

20 Oktober, 2007 19:22 PM


Kaedah berhenti merokok

Merokok bukanlah satu tabiat tetapi menyebab penyakit kronik. Apabila melihatkan kesan-kesan buruk rokok terhadap tubuh badan, sudah pasti ada yang ingin berhenti merokok, badan anda akan mula-mula pulih secara spontan. Paras karbon monoksida dan nikotin dalam system badan anda akan turun secara mendadak, dan jantung serta paru-paru anda akan membaikpulih kerosakan yang disebabkan oleh penghisapan rokok.

Jika perokok itu mahu berhenti merokok, terdapat lima perkara yang boleh mereka lakukan.

1. Bersedia
2. Dapatkan sokongan dan galakan
3. Pelajari kemahiran dan teknik.
4. Dapatkan ubatan yang bersesuaian.
5. Bersedia untuk hadapi situasi kesukaran dan pengulangan.

Berikut adalah kaedah yang boleh dipraktikan untuk berhenti merokok:

Cold Turkey

Berhenti secara “cold turkey” bermaksud berhenti tanpa apa-apa rawatan. Sesetengah orang melakukannya dengan mengurangkan kuantiti putung rokok yang dihisap setiap hari secara perlahan-lahan. Sesetengah orang pula terus berhenti merokok mulai tarikh tertentu yang ditetapkan. Untuk percubaan awal, kebanyakkan perokok akan menggunakan cara ini, tetapi hanya 10 peratus daripada golongan ini yang benar-benar berjaya.

Ubat-ubatan preskripsi

Di Malaysia, terdapat pelbagai rawatan untuk mengurangkan gian rokok tanpa penggunaan nikotin. Secara amnya, rawatan seperti berfungsi dengan cara seumpama nikotin mempengaruhi otak anda, iaitu mengurangkan gian rokok atau menghentikan kesannya. Kedua-dua jenis rawatan ini dapat diperolehi melalui preskripsi doktor.
Segala perubatan mempunyai kesan sampingan, jadi adalah mustahak bagi anda untuk mendapat nasihat doktor untuk memastikan rawatan itu sesuai untuk anda. Harus diingat bahawa jika anda sedang menerima rawatan jangka masa panjang seperti penyakit ginjal, anda harus memberitahu doktor anda kerana rawatan-rawatan mengawal gian rokok ini mungkin tidak sesuai untuk anda.

Terapi Gantian Nikotin (NRT)

Terapi ini membekalkan badan anda dengan sukatan nikotin yagn sekadar cukup untuk mengurangkan gian rokok, tanpa kesan-kesan mudarat tar dan karbon monoksida daripada asap rokok, yang merupakan penyebab utama kanser dan penyakit kardiovaskular. NRT telah dibuktikan dapat menggandakan peluang menangani tabiat merokok berbanding dengan keazaman sahaja. Walaubagaimanapun, penggunaan NRT sahaja adalah tidak memadai. Anda juga memerlukan keinginan dan keazaman yang kuat. Dengan keazaman yang kuat beserta penggunaan NRT, anda pasti dapat berjaya membuang tabiat merokok. Memandangkan tahap ketagihan tembakau setiap perokok adalah berbeza, jadi NRT menyediakan suatu siri produk yang lengkap seperti Tampalan NRT, Gam NRT dan Alat Sedutan NRT yang dapat dibeli secara langsung dari ahli farmasi tanpa preskripsi doktor juga dapat diperolehi dari hospital-hospital kerajaan dan juga klinik-klinik swasta. NRT membekalkan suatu siri produk yang lengkap untuk memenuhi permintaan para perokok memandangkan setiap perokok adalah unik dengan tabiat merokok yang berbeza. Jadi, anda pasti dapat mencari satu jenis produk NRT yang paling bersesuaian untuk anda dengan nasihat dari ahli farmasi dan penyedia perkhidmatan CSCSP (Certified Smoking Cessation Service Provider) anda.

Individu yang tidak boleh guna NRT

Peroko boleh menggunakan NRT sebagai cara untuk berhenti merokok. Namun begitu perokok tidak digalakkan menggunakan terapi NRT sekiranya;
Anda sedang atau bercadang untuk menyusukan anak dengan susu badan.
Anda mempunyai penyakit jantung dan simptom-simptom debaran jantung yang tidak normal (denyutan jantung yang cepat dan tidak sekata dan angina).
Anda diserang penyakit jantung atau strok kebelakangan ini.
Anda mempunyai masalah kulit yang berpanjangan seperti psoriasis atau dermatisis.
Anda bukan perokok dan hanya merokok sekali-sekala.

Kesihatan (Sumber Majalah Wanita – Bil:1283, 27 Jun – 03 Julai 2008)
Oleh: Julie Roshana Akma Bt Shafee (Sumber daripada www.iwanttoquitsmoking.com.my)

No comments: