Wednesday, September 3, 2008
KENAPA KANAK - KANAK MARAH?
KESIHATAN
Permainan pasir bantu kanak-kanak luahkan perasaan marah
“ENTAHLAH doktor. Saya pun tak tahu apa yang tak kena dengan Fariz tu. Asyik nak meradang sejak saya kahwin lagi. Bila tanya, senyap pula. Tak tahu dengan siapa yang dia marah. Saya ataupun ibu barunya tu,” adu Amir mengenai anaknya yang berumur tujuh tahun itu.
Mungkin ramai ibu bapa yang mengalami situasi sebegini. Kebanyakan penyelesaian yang diambil ialah memarahi, menghukum atau lebih teruk, memukul tanpa mengetahui punca kemarahan si anak.
Tidak dinafikan, kanak-kanak, tanpa mengira usia dan jantina, turut dihimpit dengan perasaan marah dan mengalami ketegangan jiwa seperti yang dihadapi oleh golongan dewasa.
Kesukaran untuk meluahkan kemarahan mereka dengan cara yang betul dan memilih ‘membuat perangai’ atau marah kepada ibu bapa mereka akhirnya mewujudkan ruang dendam dalam diri mereka yang seterusnya dibawa ke alam dewasa.
Bagi Pakar Psikologi Kanak-kanak di Pusat Psikologi Malaysia, Dr. Mark Pearson, kaedah permainan mampu membantu kanak-kanak pemarah ini meluahkan perasaan mereka.
PASIR merupakan elemen semula jadi yang menenangkan. – Gambar hiasan
“Adaptasi kegemaran kanak-kanak seperti bermain pasir dan barang permainan secara tidak langsung memberi peluang kepada mereka meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya tanpa paksaan,” ujar beliau.
Ujar Pearson, penggunaan terapi permainan pasir membuatkan kanak-kanak lebih rileks. Pemilihan objek juga dapat memberi gambaran apa yang dirasakan oleh mereka.
“Semasa terapi dijalankan, kanak-kanak tersebut tidak sedar mereka sedang meluahkan perasaan. Di akhir setiap sesi, jiwa mereka menjadi lebih rileks,” katanya.
Justeru pemilihan alat permainan untuk diletakkan di dalam kotak pasir menjadi simbol terhadap perasaan mereka, sama ada marah, benci, sayang dan sebagainya.
Secara teori, pergerakan otot yang diselarikan dengan perasaan ketika melakukan permainan pasir menyebabkan kanak-kanak lebih fokus dan akhirnya punca sebenar kemarahan atau ketegangan dapat dikeluarkan.
“Melalui cara tersebut, kaunselor dapat mengenal pasti masalah dan seterusnya membantu ibu bapa mengenai cara mengatasi kemarahan kanak-kanak tersebut,” katanya.
PEMILIHAN barang permainan untuk diletakkan di dalam kotak pasir dapat menggambarkan perasaan mereka.
Lebih menakjubkan, selepas menjalani terapi ini, kanak-kanak ini berjaya meningkatkan ‘kuasa’ menangani perasaan marah dalam diri mereka.
Tambah Pearson, teori yang dicipta oleh Dora Kalff ini memberi ruang tersendiri kepada kanak-kanak untuk berekspresi dengan kotak pasir tersebut dalam suasana tenang.
“Bukan saja ciptaan yang mereka bina di dalam kotak pasir itu meredakan kemarahan, kepuasan tersebut membuatkan wujudnya rasa percaya terhadap kebolehan mencipta dalam diri mereka,” katanya.
Tidak sekadar itu, pakar juga mendapati daya imaginasi dan penggunaan visual kanak-kanak ini turut berkembang dan adakalanya melepasi jangkaan.
Di samping itu, kaedah ini mampu mencapai objektif kerana teknik melukis yang selalu digunakan sering gagal disebabkan kanak-kanak merasakan mereka tidak pandai melukis.
“Lukisan saya buruk menjadi antara faktor terapi melukis kerapkali gagal namun dengan permainan pasir ini, kanak-kanak tidak terikat dengan buruk atau cantik sesuatu ciptaan,” ujarnya.
Dalam pada itu, terapi ini bukan saja membantu kanak-kanak pemarah malah dalam satu aspek lain, ia turut menolong orang dewasa membuat keputusan.
“Apabila kita rileks, kadar penumpuan kita akan menjadi lebih tinggi dan ini akan membawa kepada pusat permasalahan yang utama,” jelasnya.
Kosmo - 25/8/08 SHANIKA ABDULLATIB

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment