Thursday, September 25, 2008

MODEL NOKIA



XpressMusic in your palm

Siti Syameen md Khalili

NOKIA has launched the 5220 XpressMusic mobile phones. Loaded with features that enhance the music experience of users, both models also are bundled with 100 free downloadable tracks from Universal Music.


The 5220 XpressMusic is recognizable due to its rhythmic flashing lights that follow the beat of the music beling played. The Enhanced General Packet Radio Service (EGPRS)-enabled device with the Series 40 user interface has an asymmetrical candy-bar body with a two0inch, 256,000-colour screen.


Inside, the model packs in 30 megabytes (MB) of memory, which is expandable up to two gigabytes through the Micro Secure Digital (SD) slot, and a two-megapixel camera with 4X digital zoom. Its 1,020mAh lithium-ion battery offers up to 24 hours of music playback, five hours of talk time and 17 days of standby time.


As for the 5320 XpressMusic, it offers Wideband Code Division Multiple Access support and its S60 user interface comes with WidSet applications. Its two-inch screen displays up to 16.7 million colours while its two-megapixel camera is capable of recording in quarter video graphics array (QVGA) quality. It also has a secondary camera to accommodate video calls, and dedicated gaming keys to support the N-Gage platform.


To cater to audiophiles, the 5320 XpressMusic offers a bigger internal memory at 140MB; another 8GB can be added through the microSD slot. Its music player also has the Say and Play voice-controlled feature that lets users call out the name of the song they wish to listen to.
With dedicated music keys and an audio chip, both the 5220 XpressMusic and 5320 XpressMusic offer a 3.5-millimetre connector for a wide range of hi-fi headphones, and support for MP3, eAAC+ and Windows Media Audio digital music formats. Users also can enjoy music through the built-in FM radio with Radio Data System. Both models have Bluetooth and micro universal serial bus ports.


The free bundled tracks are the result of Nokia's partnership with Universal Music. Consumers will receive a voucher and activation code upon purchase of either XpressMusic model. Once activated, they can start downloading at www.nokia-asia.com/musicredemption/. Nokia Malaysia/Singapore’s general manager Grant McBeath said mobile music is very much a part of Nokia’s vision to connect consumers to the content they enjoy whenever they want it.
"The ubiquity of the mobile phone and advanced data connections like 3G (third-generation) and GPRS allows us to bring music to the device for consumers. By partnering with Universal, we hope to show consumers how enjoyable it is to listen to music on the XpressMusic devices."
The 5220 XpressMusic retails at RM750 while the 5320 XpressMusic goes for RM1,085.
Sumber : E -Media News 25/9/08

REZEKI PELAKON WANITA TERNAMA



Apabila aktres jelita hamil

Oleh Nurulhisham Abdul Latiffnurul@bharian.com.my


Erra dan Engku Emran tak sabar menghitung hari bergelar ibu, bapa


BAGINYA dia akan menerima dengan penuh kesyukuran tanpa mengira jantina cahaya mata yang bakal dilahirkannya pada Mac tahun depan. Lelaki atau perempuan, semua itu anugerah yang cukup bererti daripada Yang Maha Kuasa.Namun, aktres cantik, Erra Fazira tetap teringin untuk melakukan imbasan apabila bayinya mencecah usia empat atau lima bulan bagi mengetahui jantinanya. Sementara si suami, Engku Emran, lebih suka sekiranya jantina bayi yang bakal lahir itu tidak diketahui mereka sehinggalah saat yang ditunggu-tunggu datang.Kata Erra, dia teringin untuk mengetahui jantina bayinya itu bagi membolehkan persiapan sepatutnya dapat dilakukan. Andainya bayi itu lelaki, maka persiapan cara menyambut bayi lelakilah yang akan disediakan. Begitu juga sebaliknya."Ramai juga rakan yang berkata, Erra akan melahirkan anak lelaki. Kononnya, sikap Erra bertukar menjadi lebih kasar sejak hamil. Erra sendiri tidak suka melaram sejak akhir-akhir ini. Kata mereka, itu semua tanda Erra hamil anak lelaki," cerita Erra tatkala ditemui pada majlis berbuka puasa bersama ibu tunggal anjuran Suria FM di Hotel Equatorial, Kuala lumpur.Kata suaminya pula, memang mood isterinya agak senang berubah sejak beberapa minggu lalu. Dia amat memahami perkara itu berlaku kepada ibu yang sedang hamil. Lalu, dia menambah kesabaran dalam diri sebagai memberikan sokongan kepada isteri.Apa saja jantina bayi yang kini berusia tiga bulan dalam kandungan, mereka menerima dengan penuh kesyukuran. Begitupun, kata kedua-duanya, masih terlalu awal untuk mereka melakukan persiapan. Paling penting ketika ini, Emran sentiasa memastikan Erra menjaga kesihatan dan tidak melakukan kerja yang membebankan."Acap kali, saya mengingatinya supaya turun tangga dengan perlahan-lahan. Jika tidak, dia lupa yang dia kini berbadan dua," kata Emran sambil memberitahu, doktor keluarga, Dr Hamid Arshad dari Hospital Pantai kini dikenal pasti insan yang bakal mengawasi perkembangan kandungan isterinya.Erra pula mengaku, selain aktif seperti biasa, dia perasan dirinya kini lebih kuat makan berbanding beberapa minggu sebelumnya. Beratnya juga sudah meningkat kepada 58 kilogram, daripada berat asal 53 kilogram."Nasib baik, Erra tidak mengalami sebarang alahan sehingga sekarang. Jadi, apa saja yang terlintas di fikiran, Erra makan. Pada masa yang sama, Erra dengar juga petua untuk ibu mengandung yang diberikan keluarga dan teman. Yang baik, tentunya Erra amalkan," ujar Erra yang bakal menyambung penggambaran siri Mertua Vs Menantu selepas Aidilfitri.Pelakon yang bakal muncul dengan filem Los Dan Faun ini juga berkata, sebagai persiapan menerima orang ketiga dalam keluarganya, dia banyak membaca buku mengenai kehamilan, melayari internet mencari maklumat berguna dan bertanya pengalaman mereka yang pernah bergelar ibu.Pengalaman pahit ketika mengalami keguguran Mac lalu juga tentu sekali membuatkan wanita berusia 34 tahun ini lebih berhati-hati. Ujarnya, waktu itu dia cukup aktif dengan pelbagai kegiatan."Ketika itu, kandungan Erra berusia enam minggu. Erra pula tidaklah sedih sangat, cuma mungkin rezeki belum menyebelahi kami. Sekarang, Erra kenalah lebih berhati-hati. Mengangkat benda-benda berat itu, tidaklah lagi Erra lakukan sendiri."Apa-apa pun, orang paling gembira dengan kehamilan saya kali ini tentunya Emran. Nampaknya dia bagai sudah lama bersedia untuk bergelar bapa. Keretanya pun sudah ditukar kepada kereta keluarga empat pintu, bukan lagi kereta dua pintu yang selalu digunakannya," kata Erra.Mungkin kerana cukup teruja juga, maka Emran terlebih dulu membuka mulut kepada wartawan ketika usia kehamilan Erra baru dua bulan. Kata wanita ini, pada asalnya dia berhasrat mengumumkan berita kehamilannya itu secara bersama-sama, apabila kandungan sudah berada dalam peringkat ‘selamat’.Katanya juga, Emran mendapat tahu mengenai kehamilannya menerusi alat uji kehamilan yang tertinggal di kediaman mereka, ketika pelakon itu berada di Tioman bersama-sama kakitangan Erra Fazira Entertainment, Julai lalu. Saat itu, Erra sendiri belum pasti mengenai kesahihan kandungannya sehinggalah dia melakukan ujian kedua.

Sumber : Hip Berita Harian 23/9/o8

Khasiat air terjun bantu Nicole hamil

SYDNEY - Bintang filem Nicole Kidman percaya khasiat air terjun di sebuah kawasan pedalaman Australia membantunya dan enam wanita lain hamil. Nicole, 41, memberitahu bahawa dia dan semua wanita itu mandi di kawasan air terjun tersebut ketika melakukan penggambaran sebuah filem di wilayah Australia Barat. Dia hamil anak perempuannya, Sunday Rose, ketika melakukan penggambaran itu. “Saya tidak sangka akan hamil dan melahirkan seorang anak tetapi ia berlaku ketika penggambaran itu," kata Nicole dalam wawancara dengan sebuah majalah di Australia. “Penggambaran itu bukan mudah kerana kami mengalami masalah cuaca panas, hujan dan selesema. Tetapi saya hamil ketika melakukan penggambaran itu," jelasnya. “Tujuh bayi dilahirkan dan seorang daripadanya lelaki. Ada sesuatu yang terdapat pada air terjun Kununurra itu dan kami kini memanggilnya air kesuburan," tambah Nicole. Dia dan bekas suaminya mempunyai dua anak angkat, Bella dan Connor. Sunday Rose ialah anak hasil perkahwinannya dengan pemuzik Keith Urban.

Sumber : Akhbar Sinar Harian Karangkraf

Tuesday, September 23, 2008

SOMBONG & BONGKAK

Sombong atau bongkak adalah sejenis penyakit hati yang sangat merbahaya, dan hanya syaitan-syaitan terkutuk sahaja yang memiliki sifat tersebut.Firman Allah swt maksudnya:"iblis berkata: aku lebih baik daripadanya(adam), Engkau jadikan aku daripada api, sedangkan dia Engkau jadikan daripada tanah."(surah Sod 38:76)orang yang mempunyai perasaan bahawa dirinya lebih baik daripada orang lain, maka dia masuk dalam golongan orang yang sombong dan bongkak.merasa diri lebih baik dari orang lain adalah suatu kebodohan.kita tidak patut memandang orang lain dengan pandangan yang rendah.islam sangat melarang umatnya bersifat demikian.dalam hadith qudsi,Allah berfirman maksudnya:"sifat kebesaran itu selendang-Ku dan sifat keagungan itu kain-Ku,sesiapa yang ingin merebutnya daripada-Ku, nescaya Ku campakkan ke dalam api neraka."sabda rasulullah saw: "orang-orang yang sombong akan dibangkitkan di hari kiamat kelak seperti semut dalam rupa manusia.mereka ditimpa kehinaan di mana saja mereka berada."dan sabda baginda lagi maksudnya:"tidak akan masuk syurga orang yang terdapat di hatinya seberat zarah daripada sifat sombong"ada seorang sahabat rasulullah bertanya: bagaimana kalau ada seseorang yang memakai baju dan kasut yang kelihatan indah?maka rasulullah menjawab: "sesungguhnya Allah itu indah dan Dia suka kepada keindahan. sifat takbur adalah menentang kebenaran dan sentiasa menghina orang lain. sesiapa yang menganggap dirinya lebih mulia dan bermegah dengan kedudukannya, lalu menghina dan memperkecilkan orang lain, maka itulah orang yang disebut sombong bongkak."sifat sombong itu sentiasa menyelinap di hati, akan tetapi tanda-tandanya boleh dilihat dari segi tingkah kalu seseorang.di antara tanda-tandanya ialah:*merasa bangga melihat dirinya lebih popular dari orang lain*suka menonjolkan diri*suka disanjung di hadapan orang lain*bergaya dan bersifat angkuh semasa berjalan*membantah teguran orang lain walaupun nyata berbuat salah*tidak mengendahkan nasihat orang lain*marasa dirinya saja betul*suka memuji-muji diri sendiri*bermegah-megah dengan keturunan.rasulauulah saw bersabda maksudnya:" sesipa yang merendahkan diri, nescaya Allah akan mengangkatnya. dan sesiapa yang menyombong diri, nescaya Allah akan menghinakannya."tepuk dada tanyalah iman. wallahualam bissawaf...

Sumber :http://isuhangat.blogspot.com/

IBU BAPA PENYAYANG....KELUARGA CEMERLANG






Sumber: Fotopages & Mangga Online

Sunday, September 21, 2008

I PHONE 3G TERKINI - AKAN DATANG









iPhone 3G is available now in many countries and coming soon to even more. And since iPhone 3G is a UMTS/HSDPA and GSM world phone, it works practically anywhere on the planet. Choose your country from the list below for more information on rate plans and where to buy iPhone 3G.


Maklumat lanjut layari http://www.apple.com/iphone/








lLAYAKKAH AKU MENDAPATNYA???


Mencari Lailatul Qadar



"SESUNGGUHNYA Kami menurunkannya (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Al-Qadr:1-5) Lailatul Qadar itu ialah satu malam pada Ramadan yang penuh berkat, iaitu malam yang mengandungi banyak kebaikan, kerana pada malam itu malaikat turun membawa rahmat dan kesejahteraan seperti diterangkan dalam al-Quran. Agung dan mulianya Lailatul Qadar sehingga Rasulullah s.a.w menganjurkan umatnya melakukan persediaan menyambut dan menghayati malam yang berkat itu. Persediaan yang dimaksudkan itu bukan dengan pesta yang tidak ketentuan, tetapi dengan amal ibadat yang membawa rahmat.Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabdanya, bermaksud: "...sesiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan solat (dan pelbagai ibadat lain), sedang dia beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya dia diampunkan dosanya yang lalu." (Hadis sahih riwayat Bukhari) Ibadat yang dimaksudkan termasuk membaca al-Quran, berzikir, beristighfar, bertaubat dan berdoa pada malam yang berkat itu manakala beriman disebut dalam hadis berkenaan merujuk kepada kepercayaan dan keyakinan benarnya keistimewaan Lailatul Qadar yang mulia itu.Sebenarnya Ramadan, al-Quran dan malam Lailatul Qadar adalah gandingan yang mempunyai hubungan sangat rapat. Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadar, pada Ramadan. Walaupun Lailatul Qadar mempunyai keberkatan dan kebaikan berlimpah ruah, sehingga dikatakan tiada tandingan berbanding malam lain, ia tidak dinyatakan dengan jelas pada hari tertentu.Tetapi Rasulullah s.a.w ada membayangkan malam berkenaan, malah menasihati supaya melakukan persediaan untuk menghadapinya, seperti dinyatakan dalam hadis bermaksud:Daripada Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui Lailatul Qadar pada malam ganjil 10 malam akhir Ramadan." (Hadis sahih riwayat Bukhari)Malam yang ganjil sudah pasti malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan. Ada hadis yang menyatakan Lailatul Qadar pernah ditemui pada zaman Rasulullah s.a.w pada malam 21 Ramadan dan malam 23 Ramadan.Baginda juga pernah meminta seorang sahabat yang bertanya mengenai Lailatul Qadar supaya dia bersedia menghayatinya pada malam 27 Ramadan. Keterangan di atas menunjukkan Lailatul Qadar tidak tetap, sebaliknya boleh bertukar dalam 10 malam terakhir Ramadan pada setiap tahun.Hikmah malam penuh berkat itu dirahsiakan supaya setiap orang Islam bersungguh-sungguh menghayati 10 malam terakhir Ramadan dengan amal ibadat dan memberi pengharapan yang tinggi kepada Ilahi supaya dapat bertemu malam berkenaan.Imam Nawawi, berkata: "Lailatul Qadar dapat disaksikan orang yang dikehendaki Allah pada tiap-tiap tahun ketika Ramadan, sebagaimana yang diterangkan dengan jelas dalam hadis Rasulullah s.a.w dan diberitakan juga oleh orang yang soleh..."Kemudian beliau menyebutkan penjelasan Imam Al-Mawardi, dalam kitabnya, Al-Hawi: Bahawa orang yang dapat menyaksikan Lailatul Qadar, elok dia menyembunyikan perkara yang disaksikan (supaya dia terselamat daripada perasaannya) dan hendaklah dia berdoa (pada saat yang berkat itu) dengan ikhlas serta sepenuh-penuhnya yakin dengan permohonan yang disukainya mengenainya agama dan dunianya, biarlah kebanyakan doanya itu untuk (kebaikan dan keselamatan) agama serta hari akhirat."Ada orang berkata, mereka yang menemui Lailatul Qadar akan melihat cahaya terang di segenap tempat manakala sesetengah pihak mendakwa mendengar ucapan salam dan kata-kata lain daripada malaikat, melihat semua benda termasuk pokok rebah (sujud) dan doanya makbul.Bagaimanapun, Imam at-Tabari memilih pendapat yang menegaskan, semuanya itu tidak lazim (tidak semestinya dia dapat melihatnya), kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui Lailatulqadar. Cuma yang penting ialah taat beribadat kerana Allah semata-mata dan ganjaran orang beribadat adalah terjamin, sama ada dapat dirasai di dunia atau di akhirat. Justeru, umat Islam digesa rajin beribadat pada Ramadan, lebih-lebih lagi pada 10 malam terakhir Ramadan. Rasulullah s.a.w contoh terbaik menghayati Ramadan, terutama 10 malam yang akhir dengan beriktikaf di masjid dan melakukan amal ibadat sebagai persediaan untuk menyambut kedatangan Lailatul Qadar.Daripada Aisyah r.a katanya: "Rasulullah s.a.w memperbanyakkan amalan apabila sampai hari yang ke-10 terakhir Ramadan, baginda juga membangunkan isterinya agar beribadat (solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan lainnya). Baginda juga menjauhkan diri daripada bergaul serta bermesra dengan isterinya." (Riwayat Bukhari dan Muslim) Menurut ulama, Lailatul Qadar kemuncak Ramadan kerana kemuliaannya yang diterangkan di dalam al-Quran dan hadis Nabi s.a.w, malah malam berkenaan dirakamkan khusus dalam satu surah di dalam al-Quran, menunjukkan keistimewaannya.Orang yang tekun beribadat pada 10 malam yang berkenaan akan mendapat rahmat yang dijanjikan kerana sudah sabit dalam hadis yang sahih Lailatul Qadar wujud pada satu daripada 10 malam itu.Justeru, orang yang tekun beribadat pada 10 malam terbabit akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu, sama ada dia menemuinya atau tidak dan tidak melihat apa-apa. Cuma yang dapat menemuinya dianjurkan berdoa kebaikan, kesejahteraan dan keampunan.Nabi s.a.w ada mengajar berdoa seperti berikut: "Ya Allah, ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau sentiasa memaafkan (salah silap hamba-Mu), lagi suka memaafkan, oleh itu maafkanlah salah silapku." Yang penting ialah menghayati malam terbabit dengan amal ibadat, beriman dengan yakin Lailatul Qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadat semata-mata ikhlas dengan mengharapkan rahmat dan reda-Nya.


Sumber : Mymetro Addin

Thursday, September 18, 2008

BAYI NUZUL AL - QURAN



Maria Danisha pengikat kasih

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin


Abby Abadi selamat bersalin anak ketiga seberat 3.95 kilogram Rabu laluSEKEPING gambar cukup untuk memberikan seribu makna. Gambar pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi bersama cahaya mata baru mereka cukup untuk membuktikan kisah keretakan rumah tangga mereka hanyalah sekadar sebuah khabar angin.Kehadiran Maria Danisha Hakim pada bulan yang penuh keberkatan ini, menguatkan lagi hubungan Norman dan Abby. Bayi perempuan seberat 3.95 kilogram itu dilahirkan secara normal Rabu lalu jam 8.22 pagi di Poliklinik Kohilal, Taman Melawati.Si comel Maria menambahkan keceriaan suasana rumah tangga Norman dan Abby yang sebelum ini sudah pun diserikan dengan dua cahaya mata yang kian membesar Mohamed Danish Hakim, 5, dan Marissa Dania Hakim, 3.Norman Hakim ketika dihubungi berkata, dia seakan-akan mendapat firasat isterinya akan bersalin dalam waktu terdekat walaupun Abby dijangka bersalin pada 21 September nanti.Sehari sebelum Abby melahirkan, Norman menghubungi doktor yang biasa menyambut kelahiran anaknya sebelum ini iaitu Dr Zarina untuk membuat temu janji.“Saya tidak tahu sama ada ini satu kebetulan ataupun firasat kerana sejak anak pertama lagi saya mendapat firasat Abby akan bersalin.“Rabu lalu, saya pulang ke rumah kira-kira jam 5.30 pagi selepas pulang dari penggambaran drama Kerana Karina 3. Kira-kira jam 7 pagi, sewaktu hendak tidur, Abby beritahu dia rasa sakit hendak bersalin.“Pada mulanya saya bercadang hendak mandi terlebih dulu tetapi mengingat kembali pengalaman Abby sebelum ini yang cukup senang melahirkan, saya lupakan hasrat itu dan terus bawa Abby ke klinik kira-kira jam 8 pagi.“Kami tiba di klinik 10 minit kemudian, sebaik tiba di klinik Abby tidak mampu bangun kerana terlalu sakit menyebabkan saya terpaksa mendukungnya hingga ke bilik bersalin kerana bimbang dia tak sempat sampai ke bilik bersalin. Jam 8.22 pagi isteri saya selamat melahirkan bayi ketiga kami,” kata Norman yang lega kerana isterinya selamat melahirkan.Pelakon itu juga berkata, dia terasa seakan-akan guni seberat 100 kilogram diturunkan di bahunya apabila isterinya bersalin. Jadual penggambaran yang terlalu padat sehingga menyebabkan Norman selalu tidak ada di rumah menyebabkan dia bimbangkan keselamatan isterinya.Selain dirinya yang sentiasa sibuk, Norman juga bimbangkan isterinya yang masih gigih bekerja walaupun kandungannya sudah sarat. Malah, Abby sendiri baru saja tamat penggambaran drama Apa Itu Cinta pada 11 September lalu. Kelahiran Maria pada 17 September lalu juga merealisasikan hasrat Norman yang mahu anaknya dilahirkan pada hari Nuzul Quran. Norman juga berkata, setiap kali isterinya melahirkan, dia akan sentiasa berada di sisi Abby untuk menemaninya.“Saya suka melihat proses bersalin kerana ia adalah satu kekuasaan Allah yang cukup unik. Bagi saya bersalin adalah satu kebesaran, jika Sheikh Muzaffar dapat pergi ke angkasa lepas melihat keajaiban di sana, saya pula melihat keajaiban bayi dilahirkan ke dunia ini,” katanya.


SUMBER : BERITA HARIAN 19/9/08

Wednesday, September 17, 2008

MULIANYA HATI INSAN INI.....






Hari ini 17 2008 September bersamaan dengan 17 Ramadhan 1429. 17 Ramadhan merupakan cuti umum bagi negeri Selangor. Saya dan berberapa orang pentadbir rumah Ijabah merancang untuk membawa warga al-Ijabah ke Sunway Piramid. Tujuannya ialah untuk membelikan mereka buku bacaaan di kedai buku Popular dan baju raya di Jusco. Beberapa orang kakak dari Shah Alam menawarkan diri untuk menjadi penjaga warga al-Ijabah seramai 50 orang ini ketika membeli di Sunway Piramid.Hari ini Sunway Piramid sesak dengan pengunjung. Rombongan kami sampai dan kami bersama-sama berjalan, menuruni escalator untuk ke destinasi pertama iaitu kedai buku Popular.Sewaktu melintasi orang ramai, saya melihat berbagai-bagai memek muka. Ada yang memandang kami dengan tersenyum gembira, ada yang memandang kami dengan senyuman kelat. Maklumlah, pada pandangan mereka rombongan kami tidak class. Seolah-olah kedatangan kami ke sini hasil belas orang yang menderma. Jika tidak, mana mungkin kami mampu menjejaki kaki ke sini.Saya hanya tersenyum melihat gelagat mereka memandang ke arah rombongan kami yang ramai. Ah.. pedulikan senyuman orang pada kita walauapa pun jenisnya, yang penting saya rasa cukup bahagia melihat anak-anak ini tersenyum riang.Kami mula memasuki kedai buku ini. Anak-anak ini terus membelek-belek buku yang ada. Yang besar memilih buku cerita, yang kecil memilih buku bergambar.Walaupun mereka memilih sendiri buku-buku ini, mereka akan menunjukkan kepada kami adakah buku ini baik untuk mereka. Dari gelagat mereka, sebenarnya mereka bukan sahaja gembira dapat memilih buku-buku ini sendiri, tetapi mereka lebih bahagia apabila penjaga memberi perhatian kepada mereka.Setelah selesai di kedai buku, kami pergi ke Jusco. Mereka memilih sendiri baju yang mereka inginkan. Pengiring-pengiring yang ada melayan mereka dengan baik sekali.Ada di antara pengiring yang berkata,"terima kasih Ustaz sebab ajak saya temankan anak-anak ini, saya bukan sahaja gembira malahan rasa bahagia sekali."Sebenarnya, anak-anak ini bukan sahaja memerlukan perhatian lahiriyyah mereka malahan mereka juga memerlukan kasih sayang ataupun perhatian batiniyyah mereka.Saya teringat kisah beberapa bulan yang lepas. Ada seorang artis yang menjemput kami ke rumahnya. Ia mahu meraikan hari jadinya dengan anak-anak yatim. Ada wartawan yang dijemput sama di dalam majlis ini. Tujuannya untuk diminta menulis artikel yang mengatakan bahawa dia menyambut hari jadinya bersama anak-anak yatim.Tetapi, ketika berada di dalam rumahnya, ditengkingnya anak ini, Ketika sedang makan, diarah-arah dengan kasar anak ini,"sini jangan duduk, duduk dekat sana" dan lain-lain lagi.Apa yang paling mengejutkan, ketika majlis tamat, dia mengatakan anak-anak yatim ini nakal, gelojoh, seolah-olah tidak cukup makan dan lain-lain lagi. Sehinggakan dia mengatakan bahawa, lain kali tak apalah, kita tak payah jemput mereka ini, jika nak makan, nanti kakak hantar sahaja makanan ke rumah mereka.Semua tetamu yang bersama saya pada malam itu merasa terkejut dan kesal dengan sikap artis ini. Akhirnya mereka semua mengucapkan perkataan yang sama,"inilah kali pertama dan terakhir kita datang ke sini"..Sesungguhnya, setiap orang bukan sahaja memerlukan perhatian lahiriyyah, malahan mereka juga memerlukan kasih sayang yang datang dari hati yang ikhlas.Kita tidak bahagia dengan banyaknya material disekeliling kita, tetapi kita akan lebih bahagia jika orang disekeliling kita menerima kewujudan kita di samping mereka.Inilah fitrah setiap manusia, mereka mahu menyayangi dan mahu di sayangi. Tetapi tidak ramai orang yang sedar hakikat ini. akhirnya, kita kaya dengan material tetapi miskin dengan jiwa.Semoga kita menjadi orang yang sentiasa memburu cinta Allah. Dengannya, kita akan menyayangi manusia dengan ikhlas, bukan dengan kepentingan yang ada.


SELAMATKAN DUNIA



Arctic sea ice melt comes close, but misses record


Tue Sep 16, 4:47 PM ET


WASHINGTON - Crucial Arctic sea ice this summer shrank to its second lowest level on record, continuing an alarming trend, scientists said Tuesday.

The ice covered 1.74 million square miles on Friday, marking a low point for this summer, according to NASA and the National Snow and Ice Data Center in Boulder, Colo. Last summer, the sea ice covered only 1.59 million square miles, the lowest since record-keeping began in 1979.
Arctic sea ice, which floats on the ocean, expands in winter and retreats in summer. In recent years it hasn't been as thick in winter.
Sea ice is crucial to worldwide weather patterns, both serving as a kind of refrigerator and reflecting the sun's heat. Given recent trends, triggered by man-made global warming, scientists warn that within five to 10 years the Arctic could be free of sea ice in the summer.
Even though the sea ice didn't retreat this year as much as last summer, "there was no real sign of recovery," said Walt Meier of the snow and ice data center. This year was cooler and other weather conditions weren't as bad, he said.
"We're kind of in a new state of the Arctic basically, and it's not a good one," Meier said. "We're definitely sliding towards a point where the summer sea ice will be gone."

On the Net:
http://nsidc.org/arcticseaicenews/


The Advanced Microwave Scanning Radiometer (AMSR-E), a high-resolution passive microwave Instrument on NASA's Aqua satellite shows the state of Arctic sea ice on September 10 in this image released September 16, 2008. Arctic sea ice melted to its second-lowest level this summer, rising a bit from 2007's record but still showing a strong downward trend that is a key symptom of climate change, U.S. scientists said Tuesday. The ice slipped to its minimum extent for 2008 on September 12, when it covered 1.74 million square miles (4.52 square km), and now appears to be growing as the Arctic starts its seasonal cool-down, the National Snow and Ice Data Center said. (NASA/Goddard Space Flight Center Scientific Visualization Studio/Handout/Reuters)


An undated handout photo from the Center for Northern Studies shows the Ward Hunt Ice Shelf disintegrating. The incredibly rapid rate at which Canada's Arctic ice shelves are disappearing is an early indicator of the "very substantial changes" that global warming will impose on all mankind, a top scientist said on September 3, 2008.REUTERS/Denis Sarrazin/Center for Northern Studies/Handout

Tuesday, September 16, 2008

PENGISIAN CUTI NUZUL QURAN HARI INI

Tazkirah Ramadan: Nuzul Quran merubah sikap Muslim

Ustaz Zain Hashim Tue Sep 25, 07 2:56:12 pm MYT

Muslim dan al-QuranSesungguhnya dengan turunnya al-Quran pada bulan Ramadan sejak lebih 1,400 tahun lalu, telah menyelamatkan manusia daripada melakukan tabiat serta tingkah laku yang tidak selari dengan fitrah mereka sendiri.

Ia menjadi inspirasi ke arah kebaikan kerana di dalamnya penuh dengan ayat-ayat yang mampu merubah sikap manusia kepada sesuatu yang positif dalam hidup mereka.
Sayidina Omar bin al-Khattab yang dulunya dikenali sebagai seorang yang bengis dan amat membenci Rasulullah s.a.w. telah menemui jalan terbaik dalam hidupnya apabila dipertemukan dengan al-Quran yang akhirnya memeluk Islam.

Yang menariknya, Omar telah memeluk Islam hanya kerana membaca dan menatap beberapa potong ayat Quran daripada surah Taha dan setelah mengucap dua kalimah syahadah. Omar menjadi seorang Muslim yang amat komited dan yakin dengan Islam. Omar, setelah mengucap, terus mengisytiharkan keislamannya kepada seteru tradisi Rasulullah termasuk Abu Jahal.
Begitulah jauhnya perbezaan Omar dengan umat Islam pada akhir zaman ini. Tetapi yang peliknya, Omar dan umat akhir zaman juga mengharapkan untuk mendapat syurga dan rahmat pada hari pembalasan, sedangkan cara hidup dan keyakinan mereka amat berbeza.

Apa yang dimaksudkan dengan Nuzul al-Quran?

Nuzul yang diambil daripada perkataan bahasa Arab diertikan sebagai penurunan, sementara al-Quran pula merupakan kitab Allah yang diberikan kepada Nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
Jadi istilah Nuzul al-Quran boleh diertikan sebagai penurunan al-Quran ke atas baginda Rasulullah sebagai petunjuk kepada umat manusia sejagat.

Waktu turunnya al-Quran?

Allah menjelaskan dalam surah al-Qadr, bahawa al-Quran diturunkan pada malam yang dikenali sebagai “Lailatul Qadr”, pokok daripada ajaran isi kandungan surah ini ialah al-Quran mula diturunkan pada malam tersebut yang nilainya lebih baik daripada 1,000 bulan, para Malaikat dan Jibril turun ke dunia pada malam tersebut untuk mengatur segala urusan.
Surah al-Qadr ini pula diturunkan di kota Makkah dan dihimpunkan dalam surah-surah Makkiyyah, iaitu surah yang diturunkan sebelum hijrah baginda Rasulullah s.a.w ke Madinah, isi pengajarannya ialah beriman kepada Allah dan rukun-rukun iman yang lain.
Kenapa al-Quran diturunkan dan apakah fungsinya yang sebenar?

Dalil daripada al-Quran:

1- Ayat 15-16 surah al-Maidah : “Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya (Nabi Muhammad) dari Allah dan kitab yang menerangkan (al-Quran). Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredaan-Nya ke jalan keselamatan, (dan dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari kegelapan kepada cahaya yang terang benderang dengan izin-Nya dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus.”
2- Dalam ayat 9 surah al-Hadid : “Dialah (Allah) yang menurunkan kepada hamba-Nya (Muhammad) ayat-ayat yang terang (al-Quran) supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (Islam).”

Jelas dari keterangan kedua-dua ayat di atas menunjukkan bahawa fungsi sebenar penurunan al-Quran ke atas manusia, tidak lain adalah untuk menyelamatkan mereka dari terus berada dalam kegelapan dunia yang terpaksa meraba-raba serta tanpa hala tuju hidup yang jelas dan sempurna kepada cahaya Islam, tidak cukup dengan itu, Allah SWT melalui kitabNya itu bertujuan untuk memimpin mereka ke jalan yang benar dengan memberikan kepada mereka petunjuk kebenaran agar mereka ditempatkan ke dalam syurga di akhirat kelak.

Dalil daripada hadis Nabi Muhammad s.a.w.: “Dari Ali Karramallahu Wajhahu, katanya: Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah Salallahu Alayhi Wasallam bersabda: "Sesungguhnya akan berlaku fitnah yan banyak." Aku pun bertanya: "Apakah jalan keluar darinya duhai Rasulullah?" Baginda menjawab: Kitabullah (al-Quran). Kerana di dalamnya terdapat kisah-kisah orang dan perkara sebelum kamu dan perkhabaran tentang apa yang akan datang sesudah kamu; dan terdapat di dalamnya hukum-hakam di antara kamu; Ia (al-Quran) adalah kata putus dan bukan senda gurau; sesiapa yang meninggalkannya (menolaknya) kerana sombong, ia akan dibinasakan oleh Allah; dan sesiapa sahaja yang mencari petunjuk selain darinya akan disesatkan oleh Allah; Ia adalah tali Allah yang teguh dan ia adalah pengajaran (peringatan) yang bijaksana. Ia adalah as-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus); Ia adalah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang tidak akan menyeleweng dan terpesong; dan Ia adalah kitab yang kalimah-kalimahnya tidak samar dan berputar-belit; dan para ulama pula tidak pernah puas menggali ilmu darinya (demikian juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan pernah hilang dan kandungannya menakjubkan, tidak berkesudahan. Ia adalah kitab yang jin tidak berhenti mendengarnya sehingga mereka berkata, "Sesungguhnya kami mendengar bacaan al-Quran yang menakjubkan, ia menunjuk ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya." Sesiapa sahaja berkata dengannya, benarlah perkataannya; sesiapa yang beramal dengannya, dia akan diganjari pahala, sesiapa yang berhukum dengannya, adillah dia dan sesiapa yang menyeru kepadanya, nescaya dia akan diberi petunjuk Siratil Mustaqim (jalan yang lurus) - HR Tirmizi dan Darimi.

Keterangan maksud hadis mengenai fungsi al-Quran

Memang benar dan tepat sekali penjelasan baginda s.a.w. seperti dalam hadis di atas, bahawa pada akhir zaman akan berlaku terlalu banyak fitnah yang ditimpakan ke atas Islam dan Muslimin.
Sama ada fitnah itu dilakukan oleh mereka yang bukan Islam yang menaruh sifat benci amat mendalam serta dendam kesumat terhadap Islam dan umatnya, ataupun dilakukan sendiri oleh mereka yang bernama Islam.

Antara fitnah yang dilakukan oleh orang Islam sendiri seperti meninggalkan solat tanpa alasan atau sebab yang boleh diterima kerana menonton pertandingan bola sepak, pertandingan akhir mencari juara bintang popular dan sebagainya, tidak kurang juga golongan remaja muda dan tua yang tidak mengenakan kod berpakaian yang disyariatkan oleh Allah SWT, terlibat dalam pembunuhan, perjudian, rasuah, pecah amanah, penipuan dalam pilihan raya dan banyak lagi.
Kesemua yang disebutkan itu adalah fitnah yang menyukarkan golongan pendakwah untuk menyampaikan mesej Islam kepada bukan Islam tentang keindahan agama Islam kerana tindakan-tindakan liar itu menjadi batu penghalang kepada bukan Islam untuk menerima Islam, ataupun minat, cenderung atau simpati kepadanya.

Justeru, yang boleh menyelamatkan keadaan dan dari fitnah-fitnah tersebut adalah kitab suci al-Quran, kerana tujuan ia diturunkan seperti yang dijelaskan dalam ayat-ayat di atas adalah untuk meneylamatkan bangsa manusia serta mempimpin mereka ke jalan kebenaran.

Cara bagaimana al-Quran diturunkan

Menurut Imam as-Suyuti dalam kitabnya al-Itqan: Al-Quran diturunkan ke langit dunia pada malam al-Qadr secara sekali gus, kemudian diturunkan pula secara berperingkat selama dua puluh tahun, ada pendapat yang mengatakan dua puluh tiga tahun dan ada pula dua puluh lima tahun sejak Nabi Muhammad dilantik menjadi Nabi dan Rasul berdasarkan peristiwa dan keadaan tertentu yang hanya diketahui oleh Allah SWT pada tempoh tersebut.

Tetapi kenapa al-Quran diturunkan sekali gus ke langit dunia dan diturunkan tidak sekali gus malah berperingkat-peringkat ke atas baginda, perkara ini telah dijawab oleh Allah menerusi ayat 32 surah al-Furqan yang bermaksud: “Berkatalah orang-orang Kafir : Mengapa al-Quran itu tidak diturunkan kepada (Muhammad) sekali turun sahaja? Demikianlah (dengan cara itu) supaya Kami perkuatkan hatinya dan Kami membacanya kelompok demi kelompok (secara ansur-ansuran).”

Surah pertama turun dalam al-Quran

Menurut Imam as-Suyuti, surah pertama turun secara keseluruhan isi kandungannya ialah surah al-Muddathir, sementara riwayat Imam at-Tabarani pula surah yang sempurna diturunkan ialah al-Fatihah dan ada pendapat yang mengatakan ialah surah al-Alaq yang diturunkan hanya lima ayat pertama. Walau bagaimanapun mengikut susunan para ulama: Surah al-Alaq yang pertama diturunkan secara mutlak mengikut pendapat jumhur. Surah al-Muddathir pertama diturunkan dalam konteks menyampaikan mesej dakwah. Surah al-Fatihah pula pertama diturunkan sebagai pembuka kepada surah-surah lain dalam al-Quran.
Ayat terakhir turun dalam al-Quran

Perkara ini juga diperselisihkan oleh beberapa pendapat ulama berdasarkan riwayat hadis tertentu:

Pendapat pertama: Ayat terakhir turun ialah ayat mengenai pengharaman riba daripada ayat 278 surah al-Baqarah: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu benar-benar orang-orang yang beriman.” ia diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Ibnu Abbas.

Pendapat kedua: Ayat 281 surah al-Baqarah: “Dan peliharalah diri kamu dari (azab yang terjadi) pada hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah.” Ia berdasarkan riwayat an-Nasaie daripada Ibnu Abbas dan Said Bin Jubair.

Pendapat ketiga: Ayat 282 surah al-Baqarah yang menceritakan tentang kesaksian dalam muamalat, iaitu ayat yang terpanjang dalam al-Quran. Ia berdasarkan riwayat Said Bin al-Musaiyab.

Pendapat keempat: Ayat 3 surah al-Maidah: “Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agama kamu, dan telah Aku cukupkan kepada kamu nikmat-Ku dan Aku reda Islam itu menjadi agama bagi kamu.”

Perbezaan pendapat di atas berlaku adalah disebabkan riwayatnya tidak sampai kepada Nabi Muhammad s.a.w, ia hanya terjenti setakat di kalangan para sahabat, maka masing-masing menyatakan keyakinan yang dipercayai yang tidak menjejaskan pegangan akidah mereka, walau bagaimanapun menurut para ulama, kecenderungan mereka kepada pendapat keempat berdasarkan apa yang dibacakan oleh baginda sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir untuk bertemu Tuhannya.

Apakah yang ada dalam al-Quran?

Sesungguhnya isi-isi kandungan meliputi pelbagai aspek yang diperlukan oleh manusia bagi mengurus kehidupan mereka dengan lebih sistematik. Dalam al-Quran terdapat ayat yang mengisahkan tentang cerita orang-orang terdahulu dan akan datang (pada hari kiamat) yang sepatutnya menjadi contoh teladan umat Islam hari ini, kerana ayat-ayat cukup sesuai sampai bila-bila, ini menunjukkan bahawa Allah SWT yang memiliki kitab suci tersebut bersifat Maha Sempurna dalam segenap tindak-tanduk-Nya.

Tidak kurang juga al-Quran memberi panduan untuk beramal ibadat seperti ayat-ayat wuduk, solat, perkahwinan, sistem kewangan, politik, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan, alam sekitar, sains, kaji hayat, sejarah dan banyak lagi yang tidak dapat untuk disenaraikan satu persatu di sini.

Ia juga merakamkan ayat mengenai akidah, ibadat, hubungan manusia dengan Tuhannya, penganjuran supaya berakhlak mulia dan meninggalkan akhlak tercela, cerita tentang azab dan nikmat, syurga dan neraka dan lain-lain.

Apa yang penting, al-Quran bukanlah kitab kuno atau doktrin yang hanya sesuai di zaman unta semata-mata seperti yang didakwakan oleh sesetengah para ilmuan termasuk di kalangan orang Islam, malah ia lebih kepada kitab yang memberi pedoman dan panduan berguna menuju jalan keselamatan hidup di dunia dan akhirat dalam segenap bidang yang mereka perlukan.
Sikap Muslim terhadap al-Quran

Tidak semua di kalangan manusia yang bernama Islam memiliki cita-rasa yang sama terhadap al-Quran, perkara ini ditegaskan sendiri oleh Allah SWT menerusi ayat 32 surah Fatiir yang bermaksud: “Kemudian kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yanag kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiayai diri mereka sendiri, ada di antara mereka yang bersederhana dan di antara mereka ada yang berlumba-lumba untuk berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah kurniaan yang amat besar.” Sesungguhnya di kalangan hamba Allah yang diwariskan Allah al-Quran kepada mereka adalah yang bernama Islam (Muslimun), sedangkan Kristian, Sekular, Kapitalis, Sosialis, Komunis dan sebagainya adalah hamba Allah yang menolak kebenaran al-Quran secara mutlak.
Namun dalam ayat di atas terdapat tiga jenis manusia di kalangan hamba Allah yang Islam yang berbeza pendirian atau sikap mereka terhadap al-Quran:

1- Yang menganiayai diri mereka sendiri : Iaitu golongan yang kesalahan dosa mereka lebih banyak daripada pahala kebaikan, kerana mereka tidaka membaca al-Quran, mentelaah, berdiskusi apatah lagi untuk beramala dengan perintah Allah di dalamnya.
2- Adapun golongan yang bersederhana : Ialah golongan di mana kesalahan dosa mereka sama banyak dengan pahala, mereka adalah golongan yang membaca al-Quran tetapi belum bersedia untuk melaksanakan isi-isi kandungannya yang terdiri daripada hukum-hakam Allah.
3- Sementara golongan yang berlumba-lumba untuk berbuat kebaikan : Ialah golongan yang amat banyak kebaikan yang dilakukannya dan amat jarang berbuat kesalahan, mereka adalah golongan yang bersedia untuk melaksanakan hukum perintah Allah dalam al-Quran seperti hukum Hudud, Qisas dan Ta’zir, kerana hukum-hukum itu sahaja yang mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh umat manusia sepanjang masa.

Terserahlah kepada kita untuk meletakkan kedudukan diri di antara tiga jenis orang Islam seperti ayat di atas, apa yang jelas, al-Quran bukanlah kitab untuk dipertandingkan semata-mata, malah lebih daripada itu bagi mencapai maksud untuk mendapatkan cahaya keredaan Allah SWT.

Contoh ayat motivasi dalam al-Quran yang sepatutnya dikuasai
1- Sesungguhnya yang membaca al-Quran serta menyelidiki hikmah di dalamnya adalah mereka yang bernama Islam, kerana orang bernama Ah Chong atau Arumugam tidak sekali-kali membacanya melainkan mereka hendak mendekati Islam, tetapi yang menjadi tanda tanya di sini, mengapa Allah lontarkan persoalan kepada seorang Muslim yang membaca al-Quran seperti pertanyaan-Nya dalam ayat 101 surah Ali ‘Imran yang bermaksud : “Bagaimana kmu sampai menjadi kafir, pada hal ayat-ayat (al-Quran) dibacakan kepada kamu dan Rasul-Nya pun berada di tengah-tengah kamu?”

Ayat di atas menunjukkan kepada kita bagaimana terdapat di kalangan orang Islam menjadi kafir sedangkan al-Quran dan Rasulullah berada di sisinya, iaitu apabila menganjurkan Musabaqah Tilawah al-Quran, mengadakan majlis Maulidur Rasul, Maal Hijrah, Israk Mikraj dan sebagainya, namun akhirnya tidak dapat menerima petunjuk Allah malah menjadi golongan yang menentang (kafir) kebenaran.

2- Menerusi ayat 10 surah Fatir bermaksud: “Sesiapa yang mahukan kemuliaan, maka bagi Allah-lah kemuliaan itu semuanya, kepada-Nyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal solih dinaikkannya.”

Ayat di atas menggambarkan kepada bagaimana Allah SWT memberikan kemuliaan kepada kita sebagai manusia akan kemuliaan-Nya agar kita menjadi golongan yang mulia, ia menunjukkan bahawa dengan cara memberi atau mendengar perkataan dalam majlis ilmu, kuliah, ceramah atau forum agama seseorang itu akan dimuliakan Allah SWT.

Inilah satu pendekatan yang mampu untuk mengisi kekosongan jiwa manusia pada hari ini, namun manusia tetap angkuh disebabkan tidak berusaha untuk mendapatkan kemuliaan daripada Allah, mereka memilih jalan yang boleh menjerumuskan mereka ke dalam neraka-Nya.
Tadarus al-Quran pada bulan Ramadan
Perkataan tadarus telah dijelaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dalam satu hadis (hadis yang ke-36 dalam hadis 40 susunan Imam an-Nawawi), daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w. bersabda : “Tidak berhimpun satu kaum dalam rumah Allah, mereka membaca al-Quran dan bertadarus (berdiskusi isi kandungannya) di kalangan mereka, melainkan perhimpunan mereka itu diturunkan ketenangan daripada Allah, diliputi dengan rahmat-Nya, dikelilingi dengan para Malaikat dan Allah akan mengingati mereka yang ingat kepada-Nya.”

Menurut hadis di atas, baca disebut tilawah, sedangkan tadarus ialah berdiskusi segala isi kandungan al-Quran, sama ada dari sudut hukum-hakam ilmu tajwid, persoalan ilmu sains meliputi persoalan kejadian manusia, tumbuh-tumbuhan, ilmu alam, ilmu kaji hayat, cakrawala dan berbagai-bagai macam lagi yang perlu diterokai, ayat-ayat syurga dan neraka, ayat-ayat mengenai tentang dosa dan pahala, ayat-ayat motivasi (tazkirah) dan sebagainya yang tidak dapat dihitung dengan sepuluh jari, ia bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Apa yang penting, Ramadan tahun ini menjadikan kita umat yang suka bertadarus (berdiskusi, mengkaji) isi-isi kandungan al-Quran termasuklah memperelok sebutan huruf-huruf al-Quran dengan memperdalami hukum-hukum ilmu tajwid, supaya Ramadan kali ini benar-benar meninggalkan seribu kenangan berbanding tahun-tahun sebelum ini, sekali gus merubah keadaan diri kita kepada suka membaca, mengkaji serta beramal dengan al-Quran, mudah-mudahan dengan cara itu kita menjadi graduan Ramadan cemerlang pada kali ini, Amin.

Rrujukan
1- Kaifa Nahya Bil Quran – Nabih Zakariya Abd’ Rabbih – Dar al-Haramain, Mesir – 1983.
2- Kaifa Nataddab Maal Mashaf – Muhammad Rejab Farjani –Dar al-‘Itisom, Mesir 1976.
3- www.islamonline.net
4- www.islamweb.net
5- www.islam-qa.com – lanh _

MY FRIEND VS ENGKU EMRAN ! ADA SERUPA TAK? HEHEHE

Salam...hahaha! pagi ni tak ada keje sikit walaupun banyak lagi asigmen bertimbun nak kena siapkan...Tapi tak pelah....relaks jap...buat tetap buat asigmen tu..tapi otak kena relaks gak:-) So tetiba terjumpa la foto Erra Fazira dengan hubby dia....Bila tengok pose dia dengan pose saya sama je bila nampak kamera...apa lagi....chezzzzzz! aje la...Tapi berbeza dengan orang lelaki ni...Memang tak suka bergambar kot...tengok...boleh wat tak tau je ada kamera.hahahaha......Apapun ni sekadar suka - suka je..Jangan marah ye myfriend FR...Lagipun kita kan 1 kumpulan 'Mental Management'.....Tak sangka ek!! minat kita sama....


ADA SEIRAS TAK??? TAPI KALAU TENGOK LIVE MEMANG SEBIJI SAMA

Sunday, September 14, 2008

LIRIK PILIHAN


LIRIK DIBIUS CINTA


Ku membiusku dengan cintaCinta yang malu kukatakanKau membiusku dengan cintaSampai aku tak bisa berkata
Kau membius sampai aku jadi sering melamunMemikirkan kita bisakah bersama
Aku bius CintaCinta yang tak ada tandinganNamun mungkin tak ada tandinganEntah ku tak tahu…
Kita yang malu hati untuk mengakui saling cintaUsaha sekeras hati bersama selamanyaAku dibius cinta…
Ku membiusku dengan cintaCinta yang malu kukatakan
Kau membius sampai aku jadi sering melamunMemikirkan kita bisakah bersama
Aku bius CintaCinta yang tak ada tandinganNamun mungkin tak ada tandinganEntah ku tak tahu…
Kita yang malu hati untuk mengakui saling cintaUsaha sekeras hati bersama selamanyaAku dibius cinta…
Aku dibius cinta…Aku dibus cinta…


Sumber : Sensasi Selebriti & Cari Forum - Sountrack Filem Cicakman 2

Saturday, September 13, 2008

Thursday, September 11, 2008

MUHASABAH DIRI KITA


Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.


Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat. Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat. Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.


Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat. TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.

HMMMMMMM!! SEDAPNYA....


Bubur Lambuk Stail Pulau Pinang



Ramuan: Beras 1 ½ pot serai 2 batang halia 1 inci di potong bawang putih 3 ulas ayam/daging di potong dadu udang 20-30 ekor(dibuang kulit) lada hitam 20 biji garam secukup rasa santan kelapa ½ biji 2 biji kentang di potong dadu sedikit serbuk perasa Cara: Didihkan beras dalam periuk dengan air yang banyak, masukkan serai, halia, bawang putih dan biarkan seketika. Kemudian masukan ayam/daging, kentang, udang, dan lada hitam. kacau hingga sebati. masukan santan, sedikit garam ,serbuk perasa dan masak dalam 10 minit. sedia untuk di hidangkan.


Cadangan Hidangan: Sedap disajikan bersama ikan bilis goreng, bawang goreng dan daun bawang.

Sumber : Mstar Online - Resepi Selebriti - Vanida Imran & Shidee

BIASA LA....KITA MANUSIA BIASA


11-Sep-2008 Oleh: Murai Batu
UPSR: Fara Fauzana Kena Minta Maaf

KL, 11 SEPT 2008: Melihat tajuk di atas, tentu ada tertanya-tanya apakah kesalahan yang sudah dilakukan Farah Fauzana, deejay yang popular sangat di Hot FM tu? Apa kaitannya dengan UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) kerana stesen radio itu bukannya saluran pendidikan sekolah.


Ceritanya begini. Pagi semalam, Rabu, 10 September 2008, Murai Batu mendapat SMS dan panggilan daripada seorang guru di Kuching Sarawak, yang kebetulan rakan Murai Batu.
Beliau kesal kerana mendakwa Farah Fauzana atau Fafau telah silap menyebarkan info dan ucapan kepada pendengar itu iaitu semalam, Rabu, murid-murid di seluruh negara akan menduduki peperiksaan UPSR bagi kertas Bahasa Inggeris (BI), padahal yang betulnya adalah kertas Matematik 1.La, betul ke Farah jadi gitu? Murai Batu tak pula mendengar segmen Fara pagi semalam tapi bila orang sudah komplen, kenalah Murai Batu sampaikan amanah itu demi kebaikan.


"Sebagai stesen radio dan penyampai yang berpengaruh, bagaimana perkara ini boleh terjadi? Ramai anak murid saya sendiri turut mendengar celoteh Fara itu dan terus jadi keliru. Maklumlah, mereka sudah membuat persiapan ulangkaji subjek yang betul iaitu Matematik 1 tetapi tiba-tiba diumumkan pula Bahasa Inggeris.


"Faham sajalah kanak-kanak, mereka senang terpengaruh dengan apa yang mereka dengar dan guru-guru di sekolah kami terpaksa menerangkan berkali-kali bahawa info itu sudah salah," katanya.


Komen juga diterima daripada seorang guru di Alor Setar, Kedah.


"Kalau dah stesen muzik tu, main muzik sudahlah. Tak payahlah nak ghairah kasi info yang kita sendiri tidak pasti. Niatnya bagus tapi salah tetap salah. Inilah teguran membina saya buat semua deejay stesen radio. Buatlah homework sikit, " kata guru dari Kedah itu.


Jadi pada hari baik bulan baik ini, Murai Batu rasa, kalau fakta salah itu memang dari Farah sendiri, maka eloklah minta maaf cepat-cepat kepada semua guru-guru dan murid-murid. Kalau orang lain yang sediakan info itu untuk Farah pun awak kena minta maaf juga bagi pihak stesen radio awak tu sebab awak yang tukang salur maklumat. Ini soal kredibiliti stesen radio itu sendiri.


Untuk makluman semua Murai Batu nak bagi tahu jadual UPSR 2008 kali ini adalah seperti berikut - Selasa (Bahasa Malaysia 1 & 2 serta Matematik 2), Rabu (Matematik 1) dan Khamis (Sains serta Bahasa Inggeris 1 & 2). Bukan terlebih pandai, anak buah Murai Batu pun ambik exam tahun ini jugak!


Sumber : Murai.com.my

BESTNYA.........




Kelab kembar elit


BRAD Pitt dan Angelina Jolie bukan satu-satunya pasangan Hollywood yang dikurniakan anak kembar. Kelab kembar selebriti semakin membesar apabila lebih ramai golongan kaya dan ternama mengumumkan mereka juga akan memperoleh anak kembar.Pelakon siri Ugly Betty, Rebecca Romijn adalah pelakon terbaru yang mendedahkan akan dikurniakan dua anak sekali gus. Bekas model berusia 35 tahun dan suaminya, Jerry O’Connell, 34, akan menjadi ibu bapa buat kali pertama pada musim sejuk ini.Dan Lisa Marie Presley - anak mendiang Elvis Presley, yang adik kembar lelakinya mati ketika lahir, juga mengesahkan dia dan suami keempatnya, Michael Lockwood menanti kelahiran anak kembar tidak lama lagi.Kelahiran anak kembar itu akan menyaksikan selebriti berusia 40 tahun itu kembali melakukan tugas menyalin lampin. Dua anaknya hasil perkahwinan sebelum ini sudah mencapai usia belasan tahun.Kedua-duanya menyusuli langkah pasangan selebriti yang membuktikan bahawa mempunyai anak kembar meningkatkan keseronokan berkeluarga.Berikut ialah selebriti yang sudah melalui pengalaman memiliki anak kembar.Sean Combs dengan D’Lila Star dan Jessie JamesApabila ditanya mengenai kelahiran anak kembar oleh bekas teman wanitanya, Jennifer Lopez, penyanyi Sean Combs yang juga dikenali sebagai Diddy berkata: “Ia bukan setakat menggandakan kasih sayang, tetapi juga tangisan dan jeritan.“Saya menganggap keadaan itu sebagai anugerah Tuhan. Saya percaya Jennifer tidak akan menghadapi masalah.”Penyanyi rap, penerbit dan pelakon itu sebenarnya bersedia untuk menyambut kelahiran anak kembarnya, D Lila Star dan Jessie James pada 21 Disember 2006.Sejurus sebelum itu, dia ada di Toronto kerana terbabit dalam rakaman filem. Dia bergegas pulang ke New Jersey dan sempat membawa ibu kanak-kanak itu, Kim Porter ke Hospital Mount Sinai. Sejam selepas tiba, bintang rap itu sendiri yang memotong tali pusat kedua-dua anaknya.Belum pun mencecah usia dua tahun, D’Lila Star dan Jessie James sudah dicurahkan dengan pelbagai kemewahan hidup. Bilik mereka dihiasi dengan lukisan yang ditempah khas.Segala kemewahan yang dicurahkan itu bagaimanapun umpama setitik air di lautan bagi Diddy, 38, yang pendapatan tahun lalunya berjumlah RM78 juta.Marcia Gross dengan Eden dan SavannahMarcia begitu risau apabila diberitahu dia mengandung anak kembar. “Saya amat takut setiap kali terbayang akan melahirkan anak kembar. Namun kini, ia seolah-olah saya menang loteri. Saya melahirkan dua anak perempuan,” kata pelakon siri Desperate Housewives itu.Dia berkahwin dengan ahli perniagaan, Tom Mahoney pada 2006. Kedua-duanya sudah mencecah usia 40-an apabila cuba untuk mempunyai anak. “Kami melupakan soal berbulan madu. Sebaliknya kami mendapatkan menjalani IVF sejurus selepas berkahwin,” kata Marcia.Pelakon itu melahirkan pasangan kembar, Savannah dan Eden pada 20 Februari 2006, beberapa hari sebelum menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-45.Marcia yang memegang watak ibu dua remaja belasan tahun dalam siri popular televisyen Amerika Syarikat itu, tidak mengambil masa lama untuk belajar menyusukan kedua-dua anaknya serentak.Dalam usaha untuk membesarkan kedua-dua anaknya secara normal, Marcia sering dilihat bersama mereka di taman di Santa Monica.“Saya gembira dapat menjadi ibu. Sebelum ini, saya tidak dapat membayangkan kegirangan untuk memiliki anak sebenar,” katanya.Julia Roberts dengan Hazel dan FinnPemenang anugerah Oscar, Julia Roberts berusia 37 tahun dan menjadi pelakon wanita yang menerima bayaran tertinggi apabila dia melahirkan Hazel Patricia dan Phinnaues ‘Finn’ Walter pada 28 November 2004.Anak kembar itu, hasil perkahwinan dengan suami keduanya, jurugambar, Danny Moder, diperoleh menerusi persenyawaan in vitro (IVF).Pasangan itu yang berkahwin secara rahsia di kediaman mereka di New Mexico pada 4 Julai 2002, kemudian dikurniakan seorang lagi anak, Henry Daniel pada 18 Jun tahun lalu. Julia dilaporkan memberitahu orang yang rapat dengannya, dia berharap dapat memperoleh sepasang anak kembar lagi.Pelakon filem Erin Brockovich itu sanggup bercuti berlakon untuk membesarkan anaknya. Bagaimanapun, kini dia kembali menyambung kariernya menerusi filem Duplicity. Dengan Danny sebagai jurukamera yang turut terbabit dalam pembikinan filem itu di Rome, tidak sukar bagi keluarga itu bercuti bersama pada musim panas di ibu negara Itali itu. Tidak ada yang dapat menggembirakan Julia selain dapat bersama keluarganya sambil bekerja.Dalam temuramah dengan ratu rancangan sembang, Oprah Winfrey, baru-baru ini, Julia berkata: “Kini, saya lebih menghargai kehidupan.”Jennifer Lopez dan Marc Anthony bersama Max dan EmmeJennifer dan suaminya, Marc Anthony sejak awal lagi dapat merasakan mereka berpeluang memperoleh anak kembar ketika mengkaji latar belakang keluarga masing-masing. “Kami sering bergurau. ‘Siapa di antara kami akan memperoleh anak kembar?’ Adik saya akan berkata: ‘Kamu’.“Ketika menjalani pemeriksaan, doktor berkata: “Oh. Ada seorang bayi. Lihat jantungnya berdegup. Dan ada seorang lagi,’” kata Jennifer.Ketika itu, menurut selebriti berkenaan, suaminya mula menangis kegembiraan.“Orang menyangka kami menjalani IVF. Sebenarnya tidak. Ia berlaku tanpa dirancang. Kami sudah lama mencubanya dan tempoh hamil itu adalah yang terbaik pernah saya alami,” kata pelakon itu.Dengan kedudukan Jennifer sebagai pelakon, penyanyi dan penari kaya-raya, Max dan Emme yang dilahirkan pada 22 Februari 2008 menjalani kehidupan mewah sebaik dilahirkan. Syarikat fesyen pakaian, Dolce & Gabbana menghadiahkan mereka selimut yang dibuat daripada bulu haiwan, pasangan pelakon, Tom Cruise dan Katie Holmes pula menghadiahkan pakaian jenama Bonpoint sementara Eva Longoria dan pendandan rambut, Ken Paves membelikan bayi kembar itu kereta sorong yang berharga RM9,300 setiap satu.Namun, bagi Jennifer, yang lebih penting baginya ialah menjadi ibu.“Anda mungkin memenangi oscar atau dicalonkan untuk anugerah Golden Globe. Namun saya tidak dapat bayangkan perkara yang lebih menyeronokkan selain melahirkan serta mempunyai anak sendiri. Ia menjangkau segala-galanya yang boleh anda bayangkan,” katanya.Rick Parfitt dengan Tommy dan LilyPenyanyi kumpulan Status Quo, Rick Parfitt mengejutkan semua orang apabila menjadi bapa sekali lagi ketika usianya hampir mencecah 60 tahun.Dua anaknya hasil perkahwinan sebelum ini berumur 30 tahun dan 19 tahun. Dia dan isteri barunya, Lindsay, 47, dikurniakan anak kembar menerusi IVF.Tommy Oswald dan Lily Rose dilahirkan pada 26 Mei 2008 menerusi pembedahan di sebuah hospital di Malaga, Sepanyol, tempat pasangan itu menetap. Bagaimanapun, kerana peraturan tempatan, Parfitt tidak dibenarkan berada dalam bilik bersalin. Dia hanya melihat anaknya apabila jururawat menunjukkan bayi kembar itu kepadanya di bilik menunggu.“Sekalipun mempunyai wang yang begitu banyak, anda tidak dapat membeli sesuatu yang berharga seperti kanak-kanak ini. Saya menjalani kehidupan rock’n’roll sehingga ke kemuncaknya.“Saya menjalani pembedahan jantung dan disyaki menghidap barah kerongkong, tetapi dapat mengatasinya. Kini, kehidupan saya lebih teratur. Saya tidak percaya boleh menjadi bapa sekali lagi,” kata penyanyi itu.Tom dan Lily akan menjalani kehidupan mewah di Marbella, dengan memiliki kolam mandi sendiri. “Rumah kami akan kelihatan seperti Disneyland sebelum Krismas ini,” kata Parfitt. Dia bagaimanapun mengaku, dengan menjadi bapa yang sudah berusia, keadaan mungkin agak rumit.“Saya sedar keadaan mungkin tidak mudah. Maksud saya, bermain bola sepak dengan Tommy ketika saya berusia 70 tahun,” katanya


Sumber :Metro Ahad 7 /9/08

SEMOGA BERJAYA MENGHADAPI UPSR

SITI Nabihah Hasim, pesakit barah tulang yang dirawat di HUSM Kubang Kerian, menduduki peperiksaan UPSR kelmarin. – Gambar ROSNI MASRI



Siti Nabihah berhati waja



Oleh HAPIZAH AZIZ



SITI Nabihah Hasim, pesakit barah tulang yang dirawat di HUSM Kubang Kerian, menduduki peperiksaan UPSR kelmarin. – Gambar ROSNI MASRI
KOTA BHARU 11 Sept. – Penyakit barah tulang yang memamah dirinya memaksa Siti Nabihah Hashim, 12, menerima kenyataan bahawa dia akan cacat dengan sebelah kakinya perlu dipotong demi menyelamatkan nyawa.
Begitupun, murid Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Sungai Karangan, Kulim, Kedah ini ternyata cukup tabah untuk mengharungi kehidupan alam persekolahannya.
Dalam keadaan serba kekurangan itu, dia menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini dengan keyakinan akan tetap memperoleh keputusan cemerlang 5A.
Anak seorang petani yang disahkan mengidap barah Ewing sarcoma itu menjalani pembedahan dengan kaki kirinya dipotong dari pangkal paha pada 3 Ogos lalu dan terpaksa bergantung kepada kaki palsu untuk bergerak.
Dia yang bercita-cita menjadi seorang doktor pakar tetap bersemangat tinggi dan tidak sabar untuk kembali ke sekolah, menjalani ibadat puasa serta menyambut Aidilfitri bersama keluarga.
“Saya harap keluarga, rakan-rakan dan guru juga turut mendoakan supaya saya segera pulih dan dapat bersama-sama berhari raya.
“Selepas pembedahan itu, saya tidak lagi sakit dan dapat mengambil peperiksaan, walaupun tidak ke sekolah sejak lebih enam bulan lalu,” katanya.
Dia ditemui selepas menerima kunjungan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan yang menyampaikan sumbangan kepada murid-murid yang mengambil peperiksaan UPSR ketika dirawat di HUSM, semalam.
Pada kunjungan itu, Pengerusi Puspanita Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan, Kertini Musa menyampaikan sumbangan kepada tujuh murid, empat di HUSM dan tiga lagi di Hospital Raja Perempuan Zainab 11.
Mengenai penyakitnya itu, Siti Nabihah yang ditemani kakaknya, Siti Rosaida memberitahu, pahanya mula membengkak pada Mei lalu dan keluarganya mencari ikhtiar dengan mendapatkan rawatan di hospital dan secara tradisional kerana penyakitnya sukar dikesan.
Dia kemudiannya dirujukkan ke HUSM Jun lalu, dan disahkan mengidap penyakit barah tulang.
Anak bongsu daripada lapan adik-beradik ini berharap dapat segera pulih selepas menjalani beberapa rawatan susulan kelak.
Sementara itu, Siti Rosaida, 22, memberitahu, dia dan ibunya, Salbiah Ariffin bergilir menjaga Siti Nabihah selama mendapatkan rawatan di HUSM.
Ketika ini, katanya, dia mengambil alih tugas menjaga adiknya itu kerana ibunya terpaksa pulang ke rumah di Kampung Baru, Sungai Karangan, Kulim atas urusan keluarga.
Menurutnya, mereka sekeluarga berasa amat sedih melihat penderitaan Siti Nabihah semasa mula mengidap penyakit tersebut.
“Dia sering menangis kerana terlalu sakit, sehinggakan jika disentuh sahaja bahagian paha, dia akan menjerit sakit,” katanya.
Pada peringkat awal, jelasnya, punca penyakit adiknya itu tidak dapat dikesan sehinggalah dirujuk ke HUSM dan disahkan Siti Nabihah mengidap barah tulang Ewing sarcoma.
Menurut Siti Rosaida, dia kagum dengan sikap adiknya apabila bersedia menerima keputusan kakinya terpaksa dipotong.
“Kemungkinan kerana rasa sakit yang tidak tertanggung, sehinggakan dia bertanyakan bila kakinya boleh dipotong,” ujarnya.
Selepas pembedahan tersebut, katanya, adiknya itu menerima tanpa memperlihatkan rasa kesal terhadap keadaan fizikalnya.





Utusan Online - 12/9/08

Wednesday, September 10, 2008

MUTIARA KATA

SUKA TENGOK PASANGAN NI......MOGA KEKAL HINGGA KE AKHIR HAYAT.........

"Hidup tak perlu terlalu sempurna,tak perlu terlalu kaya,tak perlu terlalu terkenal,tetapi selagi masih ada insan yang mengingati,ia sudah lebih dari mencukupi"


"Ada dua orang yang paling gagal dalam hidup, orang yang tidak cekap membuat apa yang disuruh, dan orang yang hanya membuat apabila disuruh"-- Lukman Al-Hakim

Tuesday, September 9, 2008

ANAK SIHAT BERMULA DARIPADA IBU





Makanan terbaik untuk pembentukan otak.

Protin adalah zat makanan asas bagi pembentukan otak bayi dalam kandungan. Ia boleh didapati dari berbagai sumber pemakanan diantaranya daging lembu atau kambing, ayam, ikan dan lain-lain jenis makanan laut, tauhu dan tempe (dari kacang soya), kacang hijau, susu dan produk-produk darinya, telur dan lain-lain.Dari semua itu, ikan dan makanan dari kacang soya dan susu merupakan sumber protin yang mudah hazam dan diserap ke dalam saluran darah dan seterusnya dibekalkan kepada bayi dalam kandungan. Ada yang percaya makan lebih makanan dari kacang soya menghasilkan kulit bayi yang cantik ! Mungkin benar? Minyak ikan dipercayai juga penting bagi pembentukkan otak bayi. Makanlah minyak dan telur ikan dalam kadar yang lebih dari biasa mulai kandungan 5 bulan keatas. Amalan meratah ikan dan tahu juga baik bagi wanita-wamita hamil

ADA LAGI.....

Salam....

Sebenarnya bukanlah minat dan ada masa nak tengok TV.Tetapi kalau ada cuti panjang dan ada mood nak tengok baru la tengok.....

Baru - baru ni sempena cuti Hari Merdeka ke 51 kot kalau tak silap Astro ada tayang drama Sutun 1 & 2 yang dulu meletup - letup di RTM...

Cerita ni tentang 'ADIK - ADIK' atau istilah lainya lelaki lembut.Memang nampak macam tak sesuai, tetapi ada mesej berguna yang ada dalam cerita ni.

Moral of the story......golongan ini juga manusia biasa.Mereka jadi seperti itu mungkin ada sebab dan faktor yang mendorong sifat 'kelembutan' menguasai diri mereka.Jadi sebagai masyarakat...jangan kita terlalu 'jumud' dengan apa yang dilalui mereka.

Sebaliknya...sebagai masyarakat prihatin, cuba kita kembalikan mereka ke pangkal jalan...Mana tahu....lambat laun mereka kembali kepada azali....

Jangan kita pula menambah dosa dengan mengutuk, memperlekehkan kehidupan mereka.Tetapi cuba kita bimbing semula mereka dengan kata - kata yang positif agar penerimaan mereka untuk berubah tidak secara drastik dan terpaksa.Begitu juga golongan gay, lesbian, pengkid, dan lain - lain yang seolah - olah tiada jati diri dan indentiti sendiri.

LUAR BIASA

Bayi lelaki keluar susu
Oleh Rahmat Othman am@hmetro.com.my

GURUN: Pelik tapi benar. Seorang bayi lelaki berusia 27 hari di Kampung Batu Lapan Jalan Gurun-Jeniang dekat sini, menjadi tumpuan ramai sejak tiga hari lalu apabila putingnya mengeluarkan susu seperti susu ibunya.Ibunya, Mariam Ismail, 35, berkata bayi seberat 3.8 kilogram yang dilahirkan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang gangguan kesihatan.“Saya hanya dapat mengesannya tiga hari lalu ketika mengenakan barut. Saya terpegang kedua-dua puting dadanya dan pada masa sama keluar susu,” katanya.Dia berkata, peristiwa itu pertama kali berlaku terhadap anaknya selepas mempunyai lima anak iaitu yang paling tua berusia 12 tahun.Sementara itu, bapa bayi yang masih belum diberi nama itu, Azhar Ali, 32, berkata, ramai rakan menyifatkan kelahiran anak keenamnya itu adalah satu rahmat.“Bagi saya, semua anak saya bertuah. Mereka sebenarnya menggembirakan saya dan keluarga. Ini pemberian Tuhan walaupun kejadian itu luar biasa,” katanya yang bekerja sebagai penoreh getah.Sejak tiga hari lalu, kira-kira 100 penduduk berhampiran berkunjung ke rumahnya untuk melihat bayi berkenaan.Bagi mengelakkan daripada susu itu keluar berterusan, Azhar bersama isterinya lebih berhati-hati ketika menguruskan bayi mereka itu.“Saya tidak tahu apa sebenarnya menyebabkan susu itu keluar, bagaimanapun adalah lebih baik jika tidak keluar berterusan,” katanya.Sementara itu, Pengarah Hospital Sultan Abdul Halim, Dr Haris Fadzilah Che Hashim ketika dihubungi, berkata kemungkinan ketika bayi itu dilahirkan hormon ibu bercampur dalam darahnya.“Percampuran darah dan hormon antara ibu dan anak dipercayai punca menyebabkan bayi berkenaan menghasilkan susu.“Ini sesuatu yang jarang berlaku. Kita jangka ia tidak akan mengambil tempoh yang panjang tapi jika susu itu masih keluar selepas seminggu, pasangan itu dinasihatkan membuat rujukan ke hospital,” katanya.


Sumber :Harian Metro 10/9/08

Monday, September 8, 2008

40 MINGGU YANG MENDEBARKAN



Merancang anak sihat, pintar dan berakhlak mulia


Anda Hamil?Syukur Alhamdulillah, tentukan anda berjumpa doktor secepat mungkin. Mengapa? Anda perlu mengesahkan kehamilan, disamping kehamilan terletak di dalam rahim, (bukan di luar rahim yakni ectopic pregnancy! Ia amat merbahaya! ), ia normal dan janinnya hidup, bukan luarbiasa seperti hamil anggur ( Molar pregnancy – juga merbahaya! di mana janin tidak terbentuk dan digantikan gugusan daging dan darah berbentuk anggur). Kesemua ini boleh dielakkan jika anda segera berjumpa doktor apabila tlerambat datang haid yakni dua minggu lewat.

Tiga bulan pertama sangat penting !

Ini adalah tempoh janin dibentuk, dari 'nutfah' (air mani) kepada 'alaqah', seterusnya menjadi 'mugdah', akhirnya menjadi janin yang lengkap dengan organ-organ serta anggotanya. Organ yang pertama dibentuk ialah jantung. Denyutan jantung dapat dikesan oleh ultrasound se-awal 6 minggu kandungan.


Cegah keguguran
Dianggarkan 10-20 % dari semua kehamilan akan gugur secara spontan.
Lebihkan rehat, cukupkan tidur ( 8 jam) – tidur awal dan bangun awal. Jauhkan stress, fizikal dan mental. Jangan buat perjalanan jauh atau berpanjangan. Kurangkan pendedahan terhadap penyakit berjangkit, suhu panas, pencemaran udara, racun sembur, bahan kimia, X-ray, ubat-ubat moden atau tradisional tanpa nasihat pakar.Bagi mereka yang pernah gugur atau berulang kali gugur, dapatkan cuti medikal atau tanpa gaji yang panjang. Jika perlu rehat di hospital. Hubungan seksual perlu dikurangkan, diperlahankan atau gunakan sarung kondom pada tiga bulan pertama kandungan.Doktor mungkin beri suntikan atau ubat hormon untuk kuatkan kandungan.
Cegah Kecacatan bayi
Makan ubat folik asid 5-10 mg. Setiap hari dua bulan sebelum dan terus- menerus hingga akhir kandungan.Tentukan yang anda sudah mendapat pelalian terhadap Rubella. Jangan cuba gugurkan kandungan dengan apa cara pun. Jika gagal bayi boleh cacat. Jangan makan ubat-ubat seperti tranquilizer, ubat kanser tanpa nasihat doktor. Jika ada sejarah kecacatan dalam kekuarga, dapatkan khidmat genetic counselling. Jauhkan hamil jika umur melebihi 45 tahun.Berserah dan tawakkal kepada Allah s.w.t. Berdoalah setiap masa untuk mendapat zuriat yang cemerlang: Rabbi habli miladunka zuriatan tayiba, inaka sami u doa.Ya Allah kurniakanlah kami zuriat yang terbaik, sesungguhnya Kau mendengar doa kami.Lakukan suruhan Allah tanpa lalai, banyakkan membaca Quran, berzikir dan bertasbih sentiasa. Bacakan surah Fatihah, 3 'Qul', dan ayat 'Qursi' kepada bayi dalam kandungan setiap malam sebelum tidur.Mengikut orang tua-tua ketika isteri hamil, suami janganlah memburu, menganiyai atau membunuh binatang. Kononnya amalan ini boleh menyebabkan anak yang dikandung isteri akan lahir cacat.Tidak perlu jalani ujian-ujian untuk mengesan janin cacat, kerana jika benar demikian , undang-ujian negara dan hukum islam tidak membenarkan menggugurkan kandungan walaupun janin cacat.Dipercayai roh ditiupkan ke dalam jasad bayi antara 4-5 bulan umur kandungan. Ketika inilah pergerakkan bayi mulai dirasai oleh ibunya.
Anak pintar
Perancangan patut dimulakan sebelum hamil. Tentukan badan ibu sihat, keadaan mentalnya stabil, sentiasa ceria, hubungan suami-isteri mesra, rohani dan imannya kuat, dan kandungan ini memang dirancang serta dinantikan. Bacalah Bismillah sebelum bersetubuh. Dikatakan anak terbentuk sewaktu ini jadi anda secara tidak langsung membentuk peribadi dan perwatakan anak melalui cara anda bertindak, berfikir dan mengawal emosi.Pembentukkan otak yang sempurna bermula dari 4 bulan kandungan. Mutu makanan adalah sangat penting. Protin adalah bahan asas untuk pembentukkan otak. Sumber-sumber protin terbaik ialah ikan, susu, makanan dari kacang soya seperti tauhu, tempe dan lain-lain, ayam , daging dan lain-lain. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Mulai tujuh bulan kandungan makan minyak ikan atau telur ikan yang dipercayai mengandungi DHA satu bahan penting untuk fungsi otak. Tingkatkan makan kaya dengan omega oil seperti sardin dan salmon.
Rangsangan
1. Sentuh bayi setiap malam sebelum tidur. Mulai tujuh bulan kandungan bayi boleh mendengar. 2. Bacakan Al-Quran selama 10-15 minit dan mainkan 'soft music' untuk mencetuskan stimulasi intelek dan meningkatkan ko-ordinasi otak. 3.Sentuhan adalah rangsangan yang amat kuat dan menimbulkan mother and child bonding yang kuat dari kecil. IA akan meningkatkan IQ anak dan perasaan self esteem atau jati-diri.Memilih tarikh lahir bayiSetengah pasangan ingin anaknya lahir pada bulan atau tarikh tertentu. Ini mungkin boleh dicapai jika kita faham tentang beberapa fakta penting tentang kesuburan isteri. Mengikut ilmu perubatan umur kandungan ialah 9 bulan 7 hari atau 40 minggu , jika dikira dari hari pertama haid terakhir sebelum hamil. Ini pun bergantung pada pusingan haid yang teratur iaitu 28-30 hari sekali.Misalnya jika kita hendak anak kita lahir pada bulan Disember, percantuman benih perlu berlaku pada bulan Mac. Peluang untuk isteri hamil jika bersetubuh pada waktu subur ialah lebih kurang 20-30 % sahaja. Pasangan berkenaan perlu mencuba sejak bulan January dan February. Waktu subur perempuan yang haidnya teratur ialah antara hari 13,14,15 dikira dari hari pertama mula haid.Kita hanya boleh merancang dan mencuba, tetapi Allah s.w.t. yang akan menentukan segalanya.
Sumber : Copyright © 2008 HamidArshat Dot Com - All Rights Reserved. Powered by: MUS Unlimited Solution