Thursday, September 11, 2008

BIASA LA....KITA MANUSIA BIASA


11-Sep-2008 Oleh: Murai Batu
UPSR: Fara Fauzana Kena Minta Maaf

KL, 11 SEPT 2008: Melihat tajuk di atas, tentu ada tertanya-tanya apakah kesalahan yang sudah dilakukan Farah Fauzana, deejay yang popular sangat di Hot FM tu? Apa kaitannya dengan UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) kerana stesen radio itu bukannya saluran pendidikan sekolah.


Ceritanya begini. Pagi semalam, Rabu, 10 September 2008, Murai Batu mendapat SMS dan panggilan daripada seorang guru di Kuching Sarawak, yang kebetulan rakan Murai Batu.
Beliau kesal kerana mendakwa Farah Fauzana atau Fafau telah silap menyebarkan info dan ucapan kepada pendengar itu iaitu semalam, Rabu, murid-murid di seluruh negara akan menduduki peperiksaan UPSR bagi kertas Bahasa Inggeris (BI), padahal yang betulnya adalah kertas Matematik 1.La, betul ke Farah jadi gitu? Murai Batu tak pula mendengar segmen Fara pagi semalam tapi bila orang sudah komplen, kenalah Murai Batu sampaikan amanah itu demi kebaikan.


"Sebagai stesen radio dan penyampai yang berpengaruh, bagaimana perkara ini boleh terjadi? Ramai anak murid saya sendiri turut mendengar celoteh Fara itu dan terus jadi keliru. Maklumlah, mereka sudah membuat persiapan ulangkaji subjek yang betul iaitu Matematik 1 tetapi tiba-tiba diumumkan pula Bahasa Inggeris.


"Faham sajalah kanak-kanak, mereka senang terpengaruh dengan apa yang mereka dengar dan guru-guru di sekolah kami terpaksa menerangkan berkali-kali bahawa info itu sudah salah," katanya.


Komen juga diterima daripada seorang guru di Alor Setar, Kedah.


"Kalau dah stesen muzik tu, main muzik sudahlah. Tak payahlah nak ghairah kasi info yang kita sendiri tidak pasti. Niatnya bagus tapi salah tetap salah. Inilah teguran membina saya buat semua deejay stesen radio. Buatlah homework sikit, " kata guru dari Kedah itu.


Jadi pada hari baik bulan baik ini, Murai Batu rasa, kalau fakta salah itu memang dari Farah sendiri, maka eloklah minta maaf cepat-cepat kepada semua guru-guru dan murid-murid. Kalau orang lain yang sediakan info itu untuk Farah pun awak kena minta maaf juga bagi pihak stesen radio awak tu sebab awak yang tukang salur maklumat. Ini soal kredibiliti stesen radio itu sendiri.


Untuk makluman semua Murai Batu nak bagi tahu jadual UPSR 2008 kali ini adalah seperti berikut - Selasa (Bahasa Malaysia 1 & 2 serta Matematik 2), Rabu (Matematik 1) dan Khamis (Sains serta Bahasa Inggeris 1 & 2). Bukan terlebih pandai, anak buah Murai Batu pun ambik exam tahun ini jugak!


Sumber : Murai.com.my

No comments: