Monday, September 1, 2008

SELAMATKAN DUNIA

DUNIA

Kutub Utara jadi 'pulau'

LONDON - Kutub Utara kini menjadi sebuah pulau buat kali pertama dalam sejarah manusia, lapor sebuah akhbar semalam.
Sejumlah imej yang dirakam tiga hari lalu oleh sebuah satelit amat mengejutkan kerana salji kini sudah mula membuka mencairkan beberapa kawasan di Barat Laut dan Timur Laut di Kutub Utara sekali gus membolehkan pelayaran dilakukan mengelilingi kawasan ais Artik.
Pembukaan kawasan itu merupakan sesuatu yang dinanti-nantikan oleh sejumlah syarikat perkapalan yang berharap boleh mengurangkan jumlah masa pelayaran.
Namun, para saintis perubahan iklim menyatakan fenomena itu merupakan petanda kerosakan global akibat pemanasan sejagat yang mengancam keseluruhan planet Bumi.
Pakar Ais, Mark Serreze menggambarkan imej-imej tersebut sebagai suatu sejarah penting namun memberi amaran bahawa ais di kawasan Artik kini berhadapan dengan kepupusan.
Imej yang didedahkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) itu menandakan pertama kali dalam tempoh 125,000 tahun bahawa Lautan Atlantik dan Pasifik bertemu. - Agensi

Kosmo - 2/9/08

No comments: