Sunday, September 7, 2008

SEMOGA SEMUA SELAMAT

1,565 orang dipindah akibat banjir di Kedah
-09-2008 05:48:19 PM
ALOR STAR: Seramai 1,565 orang mangsa banjir dari tiga daerah di Kedah telah dipindahkan ke sembilan pusat pemindahan sehingga 5 petang ini.Banjir yang melanda daerah Yan malam tadi akibat hujan lebat merebak ke daerah Pendang dan Kuala Muda hari ini.Menurut Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kedah, Zulkipli Ramli mangsa dari daerah Yan adalah yang paling ramai dipindahkan iaitu seramai 1,083 orang diikuti Kuala Muda seramai 450 orang dan 32 orang dari Pendang.Katanya sebanyak lima pusat pemindahan dibuka di Yan bagi menempatkan 257 keluarga, tiga di Kuala Muda sebanyak 105 keluarga dan satu di Pendang menempatkan lima keluarga.Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak melawat mangsa banjir di pusat-pusat penempatan daerah Yan.Katanya kerajaan negeri telah menghulurkan bantuan segera bagi meringankan beban mangsa melalui peruntukkan bencana alam dan dipantau supaya semua mangsa tidak dipinggirkan."Bantuan lain akan diberikan selepas bancian dan penilaian dibuat apabila keadaan kembali seperti sedia kala," kata Azizan. BERNAMA

No comments: