Thursday, September 4, 2008

PERGINYA SEBUTIR PERMATA BERHARGA




Pak Samad wasiat anak jaga buku


KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Samad Ismail, 84, yang meninggal dunia di Pusat Perubatan Pantai petang semalam, sempat mewasiatkan supaya bukunya dijaga dengan baik.Anak bongsu Allahyarham, Nur Azrina, 38, berkata bapanya mewasiatkan mereka agar menjaga semua bukunya yang disimpan di rumah dengan baik.“Bapa meminta supaya buku yang disimpan dalam rumah tidak dibawa keluar.“Sebelum bapa meninggal, kami sempat membaca surah Yasin. Selesai baca Yasin, bapa ada membuka matanya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Seksyen 16, Petaling Jaya di sini, malam tadi.Abdul Samad atau lebih dikenali sebagai Pak Samad meninggal dunia jam 5.58 minit petang kerana jangkitan paru-paru.Allahyarham dimasukkan ke Hospital Pantai pada 24 Ogos lalu kerana kesukaran bernafas.Nur Azrina berkata, bapanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Jumaat.Katanya, dia sekeluarga mengucapkan terima masih kepada semua yang mendoakan kesihatan bapanya selama ini.Sementara itu, kakak Nur Azrina, Nuraina, 52, berkata dia menerima pemergian bapanya sebagai ketentuan Ilahi.“Apa yang paling dirindui saya ialah bercakap mengenai isu politik dengan bapa. Allahyarham sangat prihatin terhadap apa yang berlaku,” katanya.Jenazah Pak Samad dibawa pulang ke kediamannya di Seksyen 16, Petaling Jaya kira-kira jam 8.45 malam tadi.Sanak saudara dan kenalan tidak putus-putus menziarahi jenazah Allahyarham di kediamannya malam tadi.Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Syed Faisal Albar dan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Manja Ismail.Pak Samad, anak kelahiran Singapura meninggalkan seorang balu, Puan Sri Habibah Hamid dan 10 anak termasuk dua yang sudah meninggal dunia.


Sumber : Mymetro 5/9/08


Bernama.com
Am
04 September, 2008 19:17 PM


Tokoh Wartawan Dan Pejuang Kemerdekaan, Tan Sri Samad Ismail Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Tokoh kewartawanan dan pejuang kemerdekaan Tan Sri Abdul Samad Ismail meninggal dunia di Pusat Perubatan Pantai di sini pada 5.58 petang Khamis kerana jangkitan paru-paru.Abdul Samad, 84, yang lebih dikenali sebagai Pak Samad, dimasukkan ke hospital itu sejak 24 Ogos lepas setelah mengalami kesukaran bernafas.Anak kelahiran Singapura itu meninggalkan seorang balu Puan Sri Habibah Hamid dan 10 orang anak termasuk blogger dan bekas wartawan Nuraina dan Maria.Isteri pertamanya Hamidah Hassan meninggal dunia pada 2 Jun 1990.Jenazah Abdul Samad akan dibawa ke rumahnya di No 2, Lorong 16/7C, Petaling Jaya di sini dan akan dikebumikan selepas sembahyang Jumaat esok, menurut menantunya Azmi Ansar kepada Bernama di sini.Nuraina dalam blognya "Nuraina A Samad's 3540 Jalan Sudin" hari ini berkata dialisis kedua bapanya pada pukul 5.30 petang ini gagal, malah tekanan darahnya semakin menurun.Pak Samad telah menjalani dialisis sejak semalam apabila keadaan buah pinggangnya semakin lemah. Bagaimanapun keadaan jantungnya baik.Abdul Samad yang memulakan kariernya sebagai pemberita Utusan Melayu pada tahun 1940, begitu sinonim dengan sejarah persuratkhabaran negara serta sejarah Malaysia itu sendiri.Pemergiannya hari ini bersempena dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke 51 yang baru sahaja berlalu begitu menyentuh kerana Abdul Samad adalah antara anggota rombongan delegasi negara ke London pada 1956 untuk rundingan kemerdekaan.Malah penglibatannya dalam sejarah negara tidak dapat diperkecilkan walaupun peranannya banyak di belakang tadbir, begitu juga dengan kemerdekaan Indonesia serta dalam merapatkan semula hubungan antara Malaysia dan Indonesia semasa konfrantasi.Abdul Samad yang banyak terlibat dengan aktiviti anti penjajah pada zaman penjajahan British dan Jepun, pernah keluar masuk penjara kerana fahaman politiknya itu.-- BERNAMA


Sepintas lalu



Tan Sri Abdul Samad Ismail (b. 24 April 1925, Singapore - ) a journalist, political activist, and creative writer, known for promoting Malay nationalism. He was a founding member of the Gerakan Angkatan Muda (Geram) and of the PAP (People's Action Party). He was Chairman of the Malaysian Press Institute and was also a founding member of the National Association of Writers (PENA). For his accomplishments in the literary and journalistic field, he was awarded the title, Pejuang Sastera, meaning "literature champion" by the Malaysian Government.Early lifeFrom Javanese parentage, Samad Ismail was born and educated in Singapore, and was effectively bilingual in Malay and English. He completed his Senior Cambridge in 1940, just before World War II began, and launched into journalism almost immediately, starting as a cub reporter in the newly established Malay daily, Utusan Melayu.PoliticsDuring the Japanese Occupation, he did editorial work for the Japanese-sponsored, Berita Malai. The returning British thus had him jailed in 1946 but only briefly. After the war, he returned to the Utusan Melayu as the assistant editor and his influence helped to promote Malay nationalism. His close ties to left-wing Malay nationalists and his anticolonial stance led to a second arrest in 1951. Upon his release in 1953, he returned to his job at the Utusan Melayu and became a founding member of the People's Action Party along with Lee Kuan Yew.However, disagreements with both Lee Kuan Yew and with the Utusan Melayu saw him leaving for Kuala Lumpur in 1959. There, he would head the Berita Harian and later the New Straits Times. He remained a strong advocate of the Malay language and culture, and continued to explore the complex dimensions of race and politics in Malaysia. He expressed some of these thoughts through his Malay novels which he began writing in the early 1960s. In 1976, he was again arrested under the Malaysian Internal Security Act and was not released until 1981. Upon his release, he returned to the New Straits Times.Career1941 - 1945 : Assistant Editor, Berita Malai during the Japanese Occupation.1945 : Editor, Berita Malai newspaper at the age of 21.1955 : Represented the PAP at the Bandung Conference.1959 : Editor, Berita Harian when it moved to Kuala Lumpur.1958 - 1959 : Chairman, UMNO, Singapore.1974 : Managing Editor and Deputy Editor-in-Chief, The New Straits Times group.1981 : Editorial Advisor, The New Straits Times group.1988 : Retired from journalism.PublicationsNovels1963 : Kail Panjang Sejengkal.1966 : Patah Sayap Terban Jua.1967 : Tembok Tidak Tinggi; Orang Jauh.1968 : Menduga Lautan Dalam; Menimba Yang Jernih.1969 : Detik-detik Cemas; Orang Lama.1970 : Hussein Zet.1975 : Sutinah.1995 : Hud.Short-story collections1959 : Temasya Tinta. 1967 : Mastura.1994 : Ingin jadi pujangga : kumpulan cerpen 1944 -1991.Awards1994 : Ramon Magsaysay Award for Journalism, Literature and Creative Communication Arts, being recognised "for applying his intellect and journalistic skills to champion national independence, cultural revival, and democratic nation-building in Malaysia".1992 : Knighted by Malaysia's SultanFamilyWife: Puan Sri Hamidah Hassan (deceased).AuthorNor-Afidah Abd Rahman References Cheah, B. K. (Ed.). (2000) A. Samad Ismail: Journalism & politics. Kuala Lumpur: Utusan Publications. (Call no.: SING 070.92 ABD)Thumboo, E. et. al. (Eds.). ( 1993). The Fiction of Singapore (p. 1241). Singapore: Unipress. (Call no.: SING 823.008 FIC)Measure of a man named Samad Ismail. (2000, July 21). New Straits Times, p. 12.Ramon Magsaysay Award Foundation. (n.d.). The 1994 Ramon Magsaysay Award for Journalism, Literature and Creative Communication Arts. Retrieved January 20, 2005,


www.rmaf.org.ph/Awardees/Response/ResponseSamadIsmailAbd.htmFurther ReadingsA. Samad Ismail. (1993). Memoir A. Samad Ismail di Singapura. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.(Call no.: SING Malay 899.23050092 ABD) Othman Haji Zainuddin. (1991). A. Samad Ismail. [Videotape]. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.(Call no. : RSEA Malay 899.23050092 ABD) The information in this article is valid as at 1998 and correct as far as we can ascertain from our sources. It is not intended to be an exhaustive or complete history of the subject. Please contact the library for further reading materials on the topic.


No comments: