Wednesday, September 3, 2008

DOA YANG TERBAIK

Erra Fazira pula diulit kegembiraan apabila disahkan hamil awal Julai lalu. Kandungan Erra kini masuk bulan ketiga tetapi waktu sama tetap sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri untuk Astro. Sebelum ini Erra pernah keguguran ketika kandungannya dalam peringkat awal (enam minggu).Pastinya ia satu dugaan besar dalam hidup Erra kerana pelakon digelar Ratu Filem Melayu memang benar-benar inginkan zuriat. Katanya, dalam usia mencecah 30-an, dia tidak mahu menunggu untuk mempunyai anak apabila berkahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada Oktober tahun lalu.Walaupun menerima berita duka dengan kegugurannya pada Mac lalu, ia tidak pernah mematahkan semangat Erra untuk bergelar ibu.

Bukan Erra dan Emran saja yang gembira dengan pengesahan doktor itu, malah seisi keluarga sangat gembira.Kelahiran anaknya nanti akan melengkapkan hidup Erra tetapi waktu sama memikul tanggungjawab besar sebagai ibu untuk membesar dan mendidik anaknya.Dalam pada itu difahamkan Emran cukup bimbang melihat isterinya yang ligat seperti biasa apatah lagi komitmen kepada drama bersiri yang dijayakannya. Erra mengikat kontrak dengan Astro selama setahun awal tahun untuk menjayakan drama terbitan stesen berbayar itu.Semoga Erra banyak berehat sepanjang Ramadan ini kerana kata orang tua-tua, pada awal kandungan perlu dijaga dengan sebaik mungkin kerana janin masih lemah.

Selamat menjalankan ibadah puasa.

Depan Mata: Ogos penuh bermakna Oleh Hartati Hassan Basrihartati@hmetro.com.my - 2/9/08

No comments: