Tuesday, September 2, 2008

MASA DEPAN TERBAIK UNTUK ANAK

oleh - Mellissa Lee

DAERAH Canterbury di New Zealand sebahagian besarnya merangkumi Dataran Canterbury dan cerun Pergunungan Alp Selatan di sebelah timur. Mengembara ke selatan Canterbury, saya begitu terpegun melihat keindahan kawasan itu yang mirip lakaran indah yang menghiasi halaman buku cerita kisah impian.Kawasan ini begitu ideal untuk mereka yang mahu lari daripada keadaan hiruk-pikuk dan pencemaran di kota. Inilah tempatnya untuk menjalinkan semula hubungan antara manusia dan alam semula jadi bagi menyegarkan jiwa. Tetap terpelihara, segar, nyaman dengan landskap yang mempesona itulah yang bermain di fikiran ketika Zon Susu Eksklusif, saya terokai. Terletak di Studholme, ia adalah tanah ladang yang subur lagi menghijau dengan air yang bersih lagi jernih, tempat lembu meragut rumput.Saya hirup udara nyaman sambil mengecapi keindahan gunung-ganang dan lembah yang terbentang. Saya menghampiri gigi air dan berjalan di sepanjang padang rumput beralun dengan penuh rasa damai, bagaikan terasing di dunia sendiri. Akhirnya saya memutuskan untuk bermalam di kawasan ini, yang mana saya bertemu dengan penduduk tempatan dan semakin memahami apa yang mereka maksudkan dengan terasing di dunia sendiri dengan memerhatikan ciri semula jadi persekitaran di situ.Kebetulan, saya sedang tercari-cari destinasi yang menawarkan kualiti berbanding kuantiti. Nyata sekali, tempat itu sudah saya temui. Persekitaran yang mana susu tepung NUGROW dihasilkan adalah persekitaran paling kurang tercemar di muka bumi. Udaranya bersih dan mata air yang mengalir, dipenuhi mineral semula jadi. Mineral semula jadi itu memperkaya kandungan tanah sekali gus menjadikan rumput di situ lebih segar, subur dan banyak. Rumput sebeginilah paling ideal sebagai hidangan lembu ternakan.Lembu di situ bebas merayau di padang ragut nan luas untuk menikmati rumput yang enak dan air yang segar serta ruang yang luas menjadikan mereka membesar dengan sempurna bagi menghasilkan susu berkhasiat tinggi.Susu NUGROW berasal daripada satu punca saja iaitu Zon Susu Eksklusif yang terletak di Studholme. Ekonomi Studholme yang utama adalah industri pertanian. Tiada industri bukan pertanian dijalankan di situ. Kilang baru dan canggih New Zealand Dairies Limited yang mengeluarkan susu tepung NUGROW, berdiri megah di tengah-tengah pemandangan beratus-ratus ekar padang ragut yang menghijau dan mengagumkan.Kualiti susu ditentukan sejak peringkat awal lagi, membolehkan mineral dan vitamin semula jadi wujud dalam susu. Memberikan anak-anak kita yang terbaik dari alam semula jadi adalah hasrat setiap ibu yang sedar bahawa lebih asli atau tulen sesuatu sumber makanan itu, lebih baiklah ia untuk perkembangan anak-anak kita. Dipelawa menghadiri majlis pelancaran Tanggungjawab Sosial Korporat NURAL Keluarga di Sisiku, saya amat tertarik dengan usaha NURAL membina nilai teras jenama daripada kebaikan terbaik menjadi didikan terbaik. Menerusi program ini, ibu bapa dan pengasuh digalakkan supaya tidak hanya memikirkan keperluan pemakanan anak-anak dengan kembali kepada produk yang lebih semula jadi, tetapi turut mempertimbangkan manfaat berharga membangunkan harga diri yang mantap, apabila anak-anak terus mendapat sokongan dan kasih sayang daripada keluarganya. Ikatan kekeluargaan adalah anugerah terbaik yang boleh kita berikan kepada anak bagi merangsang mereka menjadi insan yang kuat, yakin serta mampu melakukan pelbagai perkara yang hebat-hebat. Malangnya, ikatan dalam keluarga bagaikan tidak dihargai dalam kehidupan dewasa ini yang serba sibuk dan pantas berubah.Rangka program Keluarga di Sisiku, yang dibangunkan oleh NURAL sudah digariskan dalam Fun Book yang sudah dibawa ke taman asuhan dan taman didikan kanak-kanak (tadika) di seluruh Malaysia, dengan memberi penekanan terhadap kepentingan penjagaan awal, keselamatan fizikal dan keselamatan di luar rumah, aktiviti memantapkan hubungan keluarga dan banyak lagi. Bekerjasama dengan beberapa organisasi bukan kerajaan dan jabatan kerajaan, program ini menerima ucapan tahniah menerusi ucapan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Noriah Kasnon. Saya melihat pelancaran program hari ini sebagai satu langkah maju dalam memberikan perspektif baru dan fokus utama kepada semua ibu bapa dan pengasuh berhubung keperluan amat penting untuk kembali kepada asas didikan terbaik. Kita sememangnya berada di landasan yang betul ke arah mewujudkan persekitaran yang sihat untuk pemimpin masa hadapan. Tidak diragui, program ini adalah selari dengan objektif kementerian untuk menganjurkan, melaksanakan dan menyokong skim dan projek yang bertujuan meningkatkan kesejahteraan kanak-kanak, keluarga dan masyarakat secara keseluruhannya.NURAL melangkah ke hadapan dengan majlis pelancarannya di Mydin USJ pada 1 Ogos 2008. Ramai selebriti meluangkan masa menghadiri majlis itu dan berkongsi pengalaman mereka membesarkan anak-anak dengan cara yang mereka fikir, terbaik. Kata Chef Wan: Kita harus mendidik anak-anak tentang segala bentuk cabaran yang terpaksa mereka hadapi. Kita harus luangkan masa berkualiti bersama mereka setiap hari. Tanggungjawab sebagai orang dewasa terlalu banyak sehinggakan kita tidak sedar yang ketiadaan kita di sisi mereka akan memberi kesan terhadap hidup mereka. Kita harus belajar memahami anak-anak kita sendiri.Azura Abdul Karim, ibu kepada enam orang putera dan puteri, bekas hos program TV Wanita Hari Inidan kini Penerbit Kanan di TV3 berkongsi cerita mengenai saat-saat istimewa bersama keluarganya.Kami ada memperuntukkan masa bagi mengeratkan ikatan keluarga dan aktiviti yang paling kami gemari ialah menonton wayang bersama. Selepas menonton, kami akan keluar makan sambil berbincang mengenai filem yang ditonton. Walaupun hanya aktiviti yang mudah, saya dapati ia cukup bermakna buat kami sekeluarga, katanya.Sejak berzaman lamanya, cabaran demi cabaran terpaksa dihadapi baik oleh orang dewasa mahu pun kanak-kanak. Namun menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa dan pengasuh untuk melengkapi anak kita dengan pemakanan dan emosi yang betul agar mereka dapat menghadapi cabaran itu dengan membantu mereka membesar menjadi dewasa yang sihat secara fizikal, mental dan emosi seperti apa yang ibu bapa dan datuk nenek kita lakukan.Ayuh kita bawa nilai-nilai keluarga terbaik yang lama, kembali ke dalam kehidupan kita.

Ratu - Berita Harian 2/9/08

No comments: