Monday, September 8, 2008

TUNAIKAN KEWAJIPAN

MUDAH: Najmuddin (tengah) sambil diperhatikan Abdul Khalid (kiri) menerangkan cara pembayaran zakat menerusi SMS kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, kelmarin.


Bayar zakat fitrah menerusi SMS

SHAH ALAM: Umat Islam di Selangor kini boleh membayar zakat fitrah menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) Celcom yang kemudian disalurkan kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).Naib Presiden Komunikasi Korporat Celcom, Datuk Najmuddin Abdullah, berkata perkhidmatan terbaru itu diperkenalkan kepada pelanggan Celcom beragama Islam sempena Ramadan bagi memudahkan mereka membayar zakat fitrah RM5.20 seorang.Pelanggan Celcom beragama Islam kini boleh membayar zakat fitrah kepada LZS sepanjang Ramadan hanya dengan menggunakan SMS, katanya pada Pelancaran Pembayaran Zakat Fitrah melalui SMS di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini malam kelmarin. Pelancaran disempurnakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat.Hadir sama Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Mufti Selangor, Datuk Mohamad Tamyes Abdul Wahid; Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.Najmuddin berkata, kemudahan terbuka kepada pelanggan prabayar dan pasca bayar Celcom itu adalah percuma tanpa caj dikenakan bagi setiap SMS yang dihantar dan diterima.Mereka yang ingin membayar dengan cara ini hanya perlu menaip fitrahselangor dan hantar ke 21999 sebelum mendapat arahan seterusnya.





Sumber : Berita Harian 8/9/08

No comments: