Tuesday, September 2, 2008

BADAN SIHAT + MENTAL SIHAT : KEJAYAAN

FORUM Utusan Malaysia ARKIB : 20/08/2008

Pendekatan motivasi, psikologi MSN gagal bantu atlet kita?

KEJAYAAN Lee Chong Wei memenangi pingat perak Olimpik amat membanggakan rakyat Malaysia tetapi aksi perlawanan akhirnya agak mengecewakan kerana membiarkan dirinya dibelasah teruk oleh pemain China, Lin Dan.

Beliau sendiri mengakui dalam 15 pertemuan dengan Lin Dan, inilah kekalahan paling mudah diberikannya. Sepatutnya beliau lebih matang menghadapi Lin Dan kerana sudah masak dengan corak permainan Lin Dan yang pantas dan agresif.

Pemain badminton beregu negara yang di- gempar-gemburkan untuk memenangi pi- ngat telah tersungkur awal. Janji Rexy Mainaky tahun lepas sewaktu mendapat taraf penduduk tetap negara untuk menghadiahkan pingat emas gagal dikotakan.

Pemain perseorangan wanita, Wong Mew Choo juga agak malang kerana gagal menamatkan perlawanan kedua walaupun mendahului lawannya 20-15.Dalam sukan lain seperti memanah dan lumba basikal yang dikatakan boleh menyumbang pingat juga ternyata gagal di pe- ringkat awal.Adakah kegagalan ini semua berpunca daripada perasaan gementar dan tekanan sehingga mereka gagal mempamerkan aksi terbaik?Adakah mental mereka masih lemah dan semangat mereka kurang untuk menghadapi jaguh dunia?

Antara persediaan MSN untuk Sukan Olimpik adalah menyediakan pakar-pakar Sains Sukan dan pakar psikologi. Banyak kursus motivasi dan psikologi telah diadakan. Di manakah hasilnya?Adakah kerana terlampau banyak input psikologi ke dalam minda mereka menyebabkan minda mereka penuh dan bercelaru sehingga mereka kelihatan seperti hilang arah dan tiada persediaan mental langsung?

Bagi saya, tiada gunanya memberi input terlalu banyak mengenai psikologi dan motivasi kepada pemain kerana ini boleh menambahkan lagi tekanan terhadap mereka.Berpada-padalah dalam hal pendidikan psikologi dan motivasi. Ini kerana hasilnya tidak seberapa seperti yang kita telah lihat pada Sukan Olimpik.

PEMINAT SUKAN - Ampang

9 comments:

natni said...

salam
hi awak(lg skali)..
awk pasan x sy de leave komen kt post psl mag nona...hope u read it (really appreciate it =)

Enche' Adykasyah said...

Hi.. Ni Sakura yang tanya saya macam mana nak upload gambar tu ke?

Kalau betul, tolong check e-mail awak. SAya dah try banyak kali tapi tak masuk la.. Maybe email awak ada masalah kot..

TQ.

Sakura said...

Salam
Hai natni...thanks kerana sudi tengok blog saya ni..sory sebab tak perasan awak ada komen..Rasanya apa yang saya letak tu...adalah sebahagian cerita dalam majalah tu..Hmmm! rasanya memang dah 'SOUL OUT' kot...maklumlah...couple terhangat di pasaran..hehehe..apapun thanks sekali lagi

Sakura said...

Hai enche'.... mungkin gak kot..cuba awak bagi tahu step macam mana pun jadilah....kat sini ke/

natni said...

sakura
sbb sebahagian la sy tny
hehehehe kalo bley nk la tau whole stori kn...hee
sian kt sy hari2 pegi kedai tu tny...org tu kate "adik dorg dah x anta la"...
sob sob sob sedey btol
oleh sbb itu sy amat bharap kalo awk rjn bleh la send emel ke psl cter penuh (dgn gmbr ke) kt sy...maap eh cm over sudah..kalo xle xpela..thanks eh
sori bangat kaco idup sakura =)

Sakura said...

Eh! x kisah pun natni...oklah..saya nak cite lebih2 pun x boleh...Awak memang peminat Erra Fazira ye?? oklah...macam ni awak cuba klik website Ucapkanlah online.....cuba tanya wm...mungkin dia boleh tolong

natni said...

wokey thanks
tp sapekah wm tuh,
info tuh sakura eyh
=)

-->nway salam pkenalan eyh
(sy nih bese jd silent reader jek tp sjk xdpt nona sept ni...adeiii tpaksela btindak =) )

Sakura said...

Kenapa pulak awak kata INFO tu saya???
wm tu ( webmaster)website tu la kot..tapi jangan sebarang pulak publish....untuk peminat Erra je tu rasanya :-)...Bagus website tu..xde...komen2 yang melampau!!..Kiranya macam support karier Erra 100%....

natni said...

hehehe sori la
sy main teka jek
tulah respek la kt stu
sme info ade
xmola tgk yg kutok2 ni
xske xske xske
=)